Monday, September 19, 2011

some where over the rainbow

Salam,

entah kenapa blog ala-ala ni sudah tidak bermaya lagi
kurang penjagaan dari tuan punya
dan tuan punya pun macam apa entah. malas dah eh nak blog blog?
jawab skang tunya punya! jawab! :p

ok.
banyak sebenarnya yang berlaku dua tiga hari ni
mulanya banyak je idea nak tulis
tapi bila cerita dah agak basi jadi tak tahu nak tulis apa.
oh. maafkan saya yer blog ala-ala.

jom lah kita pergi ke point pertama.

satu: saya dengan rasminya menjadi Cik Lang

ok. ini bukan Cik Lang kepada anak sepupu atau Cik Nang kepada adam
tapi kepada kakak saya yang sulong
Alhamdulillah. semuanya selamat pada 3.45ptg 14.9.2011 yang lepas.
baby sangatlah comel dengan berat cuma 2.8 kg dan panjang 42 cm
nama diberi: Putri Darrin Zinnirah (Putri Bunga Zinnirah) :)

 DSCN4359-pola DSCN4364-pola DSCN4371-pola

dua: egg tart

mood untuk bereksperimen di dapur membuak-buak sekarang
macam mood nak update tumblr. bila dah taksub tu taksub benar
setiap masa nak upload gambar.
tapi harapnya mood berekperimen di dapur tak surut lah.
sabtu lepas saya berjaya buat egg tart.
bahan-bahan dah ada cuma sarang jer yang takde.
cari punya cari ada sarang mini.
maka jadilah mini egg tart ala sapphire.  :)
mudah jer rupanya buat egg tart ni. (mentang2 dah menjadi :p)

DSCN4382-pola DSCN4383-pola DSCN4393-pola

tiga: open house dan reunion SMSS

open house di rumah cousin di Ara Damansara sabtu lepas
ok.mkn-mkn. pukul gambar. mkn-mkn lagi.
oh. char kuew teow panas-panas memang sedapkan.
tiba-tiba ternampak seseorang macam pernah ku lihat tapi di mana yer.
siasat punya siasat , rupanya Teacher Kartika masa kat SMSS dulu
saya macam tak ingat dia ajar saya time bila. sama ada form 1 atau form 2.
Teacher Kartika rupanya classmate cousin masa belajar kat SS dulu jugak.
super senior lah kiranya. dan Teacher masih hot macam dulu-dulu jugak :)

DSCN0259-pola DSCN0263-pola DSCN4399-pola

empat: jubah oh jubah

sabtu lepas saya jugak saya pergi ambil jubah untuk graduasi isnin depan
ramai betul yang dah berjaya habis masters
phd tak ramai sangat tapi ramai jugak lah
macam biasa saiz paling kecik dah habis dan terpaksa la saya singkatkan sendiri
terjumpa kawan-kawan seperjuangan (ecece): amalina dan ng keong
terjumpa jugak adik yang ramah gila time nak submit tesis. ingat lagi dia kat saya :)
(bayangkan bilangan masters holder dah berduyung2. nnt nk cari kerja atleast kena ada master macam mana?..ok jom sambung phd cepat2)

090527_161259-pola 100324_202444-pola P4040018-pola

lima: raya dan raya di rumah Puteri

ok. bukan baby Putri yer. tapi Puteri, cousinnya en.mm di KGSA.
perhatian ini adalah cerita basi dah nak berkulat.
tapi nak jugak cerita. hihi.
kali kedua pergi rumah Puteri. cantik. dan kawasan perumahan tu pun haihh
terus berangan kalau ada duit nanti nak beli rumah kt situ jugak
mungkin 20 tahun akan datang kot. :p
dapat lah jugak jumpa saudara mara sebelah en.mm :)
tapi saya tak amik gambar banyak pun. s.e.g.a.n.

dan masa yang sama kat rumah saya mami masak mee penang yg menjilat jari. :)

DSCN4295-pola DSCN4302-1-pola DSCN4323-pola

enam: hari jadi Cik Moh ke 72

cik Moh, mak saudara paling tua sebelah mummy. sabtu lepas hari jadi cik moh yang ke 72
tapi masih muda remaja. boleh drive dari KL ke Muar sendiri. gagah tak gagah.
dan semalam kebetulan cik moh datang KL nak pergi kenduri kahwin dan nak tengok baby kakak
mummy buat kezutan kecil-kecilan. ala-ala sambutan hari jadi jugak la kot.
bukan potong kek tapi potong pavlova
siap dengan majlis suap menyuap cik moh dengan pak hitam 
oh sungguh slumber dan romantis :)

DSCN4404-pola DSCN4406-pola DSCN4408-pola
tujuh: sampai nombor 7?apa lagi eh? tak ada apa dah kot. ok.bye. terima kasih sebab sudi baca entry panjang lebar. harap dapat pengajaran. *apakah?* :p ok nak gi cari filem untuk camera antik ni jap. bye bye. :)

DSC01641-pola

2 comments:

Che Cha said...

hehe terusssssss updateee!!! nombor 7!

sapphire said...

ni lah akibatnya lama x update :)