Wednesday, February 19

berat hati


rasa berat hati nak hantar umar ke taska
tapi macam nak tak nak kena hantar jugak

bulan 3 research dah kena start dengan seriusnya
tak boleh ponteng ponteng
atau study dari rumah 
bulan 3 dah kena ada dekat lab dari pagi sampai petang
macam office hour

hmm
dan bulan 3 
mummy akan jaga 3 orang budak kecik
satu 3 tahun, satu 2 tahun, satu 1 tahun
macam mana tu
mummy yang dah 60an nak jaga tiga-tiga ni seorang diri?
saya sendiri pun tak larat
apatah lah mummy kan

sebelum ni ada cari juga taska-taska area shah alam
tapi disebabkan berat hati 
jadi dilambat-lambatkan nak contact pemilik taska ni semua

tapi kali ni serius
serius!!

ada sesiapa yang tahu taska yang elok dan best untuk budak 2 tahun?
lokasinya mesti area shah alam

HELP!!!
:(

No comments: