Tuesday, December 22

Fushimi Inari Shrine


hari ni kita berjalan-jalan ke Fushimi Inari Shrine
kalau korang pernah nonton The Memoirs of Geisha satu masa dulu
inilah salah satu lokai pengambarannya
seja dari tu saya tanam angan-angan nak ke Jepun satu hari nanti. Tak kira!! hehe
nasib baiklah berangan tu free. jadinya asyik berangan je dari dulu sampai sekarang :p

nak ke Fushimi Inari Shrine ni senang je
Saya gerak dari Kyoto Station amik train ke Inari Station di platform 8,9,10
harga tiket murah je 240yen je
inari Station ni betul2 depan Fushimi Inari Shrine ni

waktu saya pergi hujan renyai renyai manja
maka station ni agak kotor dengan air hujan
dan pelancong luar pun bukan main ramai
especially dari China
sempat juga bertegur sapa dengan 1 group ni dari Thailand...islam..bertudung
bila terserempak masing2 macam eh ...bertudung...islam...dalam ramai2 org cina ada org islam
(camtu la kot perasaan kami masa tu hahaha)
pastu mula la tanya itu ni..dari mana ke mana dengan siapa


dari Inari Station tu jalan sikit dah boleh nampak pintu masuk ke Fushimi Inari SHrine ni
besar...kalau tak nampak jugak tak tahu lah hehehe
hari hujan jadinya sejuk sikitlah...tapi bila nak mendaki ke atas tu...berpeluh jugak lah :D
 dari pintu masuk , disebelah kiri akan ada deret kedai kedai cenderamata yang jual magnet, keychain, torri macam macam...kat sini tak boleh tawar menawar (saya dah try hehe..tak jugak dia bagi harga murah sikit)
pastu ada juga deret gerai yang jual makanan panas panas ...tak pasti apa...tapi nampak macam sedap

sebelah kanan pula ada tempat basuh tangan ni
kat situ ada gambar cara-cara yang betul untuk basuh tangan...berkumur dengan guna cebok ni..
(cebok ke namanya.....entah )
air nya sejuk....katanya air dari bukit kat belakang

ok ini namanya Senbon Torii yang bermaksud thousands of torii gates
setiap satu daripada torii gates ni adalah hasil daripada derma sama ada daripada individu atau pun daripada syarikat-syarikat besar
kalau perasan setiap satunya mempunyai saiz yang berbeza..ada yang kecik halus je..ada yang besar nak peluk pun tak sampai tangan
setiap saiz ini bermaksud jumlah yang didermakan...kalausaiz besar besarlah dermanya..kalau kecik keciklah kan...harga setiap satu tu bermula dari 400,000 yen hingga boleh mencapai jutaan yen
dan tulisan tulisan tu merupakan nama dan jumla dermaan nya


cantikkan? Kalau berjalan ke depan takkan nampak tulisan2 tadi
kalau otw balik akan nampak
kalaulah faham tulisan jepun...boleh tahu company mana yang pernah derma utk bina torii ni

ribu ribu torii ni sebenarnya menuju ke puncak gunung (tak ingat dah nama gunung apa)
tapi untuk sampai ke puncak akan ambil masa 2 hingga 3 jam
saya sampai suku je...tak larat dah...
plus hari nak gelap dah...kalau datang awal pagi boleh cuba jalan sampai ke puncak

dari atas sampai bawah akan ada banyak torii yang kecik kecik ni
saya rasa macam diorg guna untuk tulis doa-doa untuk disembahkan kepada Inari, iaitu god of rice yang bersemadi kat situ
dan kalau perasan juga kat sini banyak betul statue musang...dari atas smapai ke bawah...
kat atas lagi banyak....kecik besar..semua ada
mengikut kepercayaan diorg, musang ni macam messenger r kot kepada Inari tadi...

ok tu je
next sesi jalan jalan kita ke Osaka wohoooo!!!
bye!

2 comments:

dorsett pink said...

saya tak kesini hari tu.. ruginya.. huhu

Unknown said...

ooo yeke...saya plak tak pergi golden temple tu.. :D