21.9.16

agar-agar santan pandan


isnin lepas
tiba-tiba saya rasa nak makan agar-agar santan pandan
yang warna hijau. dua lapis. bahagian santan kat atas. yang kosong bahagian bawah.
atau ada juga versi agar-agar santan sirap rose. warna pink.
tapi tekak rasa nak makan yang warna hijau.

maka gigihlah google resepi
gigihlah cari agar-agar, daun pandan, pewarna hijau.
padahal correction untuk proposal hari tu tak siap lagi ni.
ada lagi masa google resepi agar-agar. :D

so lepas google macam-macam jenis resepi yang di-share
saya rasa saya akan follow resepi adari Yatie Memories
sebab macam mudah. sukatan pun macam senang.
since kita takde masa. kita pilih yang senang-senang je lah k.
Resepinya ialah:
 Bahan-Bahan:
  • 10gm serbuk agar-agar
  • 1 cawan gula pasir
  • 4 cawan air
  • 200 ml santan kotak+ 50 ml air
  • 1 biji telur dipukul dengan santan tadi
  • secubit garam
  • 2 helai daun pandan
  • pewarna hijau dan perisa pandan
Caranya:
  1. Masak air dengan gula pasir dan daun pandan.
  2. Bila gula sudah larut masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga semuanya larut
  3. Kecilkan api. Masukkan pewarna hijau dan perisa pandan.
  4. Kemudian tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga mendidih.Guna api sederhana je dan sentiasa di kacau.
  5. Bila dah siap, tutup api dan bolehlah di tuang ke dlm acuan kegemaran.
  6. Sejukkan baru di didinginkan dalam peti sejuk!

senangkan. dan ini hasilnya...
yang warna hijau tu k hehehe
 ini cuma bekal untuk kunyah-kunyah time buat correction je
bukan lunchbox ke apa
kalau tengah writting ke analyse data ke mesti rasa nak kunyah-kunyah kan
rasa nak makan je...so bekalkan la sikit apa-apa yang ada kat dapur
harap berat naik la sikit...takla nurse klinik kesihatan bising pasal berat tak naik-naik hehehe

ok
selamat mencuba!!
dan selamat menyiapkan tesis semuanya!! :)

No comments: