Friday, August 26, 2016

roti paung

 dua minggu lepas sebab teringinsangat nak buat sendiri roti paung pojaan hati
bukan teringin nak makan...tapi teringin nak buat haha boleh? :p
maka pagi-pagi lagi hari sabtu dah siap2 timbang bahan-bahan yang perlu
tepung, gula, yis, telur, butter, susu bla bla bla
dari kecik tengok mummy buat macam senang je...macam je la..
hakikatnya....sampai ada bunyi yang pelik kat mixer saya hahaha
macam kena beli mixer yang baru dah T_T

resepinya saya tiru dari Hana's Family (mana dia menghilang ek? lama dia update blog)
sebenarnya dah selalu minta resepi dari mummy...tapi mummy selalu lupa nak bagi
jadinya kita search je la kat internet
ada macam jenis resepi...yg simple sampai lah yg susah haha
untuk permulaan kita ikut resepi yang senang je k :)

Bahan-bahan
  • 6 cawan tepung gandum - guna tepung roti
  • 1 ¾ cawan susu cair/ susu segar
  • ¾ cawan gula halus
  • 1 paket (11 gm) yis
  • 3 biji telur
  • ¼ cawan mentega, dicairkan - guna marjerin sama ngan kak.suzi
  • sedikit pewarna kuning
Cara-cara
  • Campurkan susu cair/ susu segar, telur, gula dan yis. Kacau sehingga sebati dan biar yisnya berbuih sedikit.
  • Kemudian campurkan mentega yang telah dicairkan dan sedikit pewarna kuning. (no need pewarna lah)
  • Masukkan tepung kedalam bread machine (saya guna mixer biasa je) dan uli sehingga ia menjadi doh yang lembut dan sebati.
  • Perapkan adunan sehingga ia naik dua kali ganda. Bila adunan telah naik dua kali ganda tumbuk doh dan uli lagi.
  • Kemudian ambil setiap doh adunan seberat 80 gram dan bentukkan bulat.(hana timbang 50g je)
  • Sapukan loyang bulat dengan mentega dan susun doh yang telah dibulatkan ke dalam loyang.
  • Perap lagi doh sehingga ia naik dua kali ganda. Setelah doh naik letakkan sedikit mentega diatas doh roti. Bakar dalam ketuhar pada suhu 160 – 170’C selama 20 minit sehingga ia kekuningan.
hasilnya? canni la sebelum dibakar
nampak macam ada potensi untuk buat bisness haha #mariberangan
kalau ikut dalam resepi setiap biji paung tu kita timbang dalm 50-80g tapi saya agak2 je
ambil je sikit dan masukkan planta dan bulatkan jadi macam dalam gambar

selepas dibakar..hasilnya...hehehe ok laaa :D
sedikit keras sebenarnya tak macam roti paung yang selalu beli kat Jalan Nesan Empat, Trg
tak selembut roti paung yang mummy selalu buat dulu-dulu
tak berapa menjadi sebenarnya
agak frust...tapi laku keras
habis semuanya hahaha

next time
saya rasa masa nak masukkan tepung, saya kena masukkan sikit demi sikit
supaya tak terlebih tepung dan roti tak keras dikemudian hari huhu
atau bila kita nak uli tu...agak2 macam keras..mummy cakap boleh tambahkan susu/air
dan masa nak membulatkan doh tu kena buat licin..so that nanti dah bakar permukaan dia cantik
atau balik Terengganu je la..beli je senang habis cerita hahahaha 

frust betul...
tapi takpe..
nanti kita try buat lagi..



No comments: