Monday, August 8

A&M

sebelum ni saya duk merungut bila la boleh balik Trg
dah la raya tahun ni giliran Semenyih
bukan apa...saya teringin nak makan makanan Trg
macam nasi lemok ikang, ikang celup tepung, kepok lekor, kuih muih...tu je
sekali sebelum raya dapat balik Trg...berpuasa kat Trg dua tiga hari
pastu tiba-tiba En.MM bagi green light balik raya kat Trg...
pastu seminggu lepas tu balik Trg lagi sebab cousin kahwin
memang puasa hati betul dapat menunaikan hajat dihati ini... :p

yang cousin kahwin ni saya rasa macam tak dapat balik dah
sebab yer r baru balik raya pastu nak balik lagi
sekali En.MM cakap ok plak...so ok la...balik la trg kita lagi woohooo

cousin kali yg kahwin kali ni ialah cucu kedua terakhir dalam keluarga sebelah mummy saya
kiranya cucu yang ke 23...ada sorang lagi yang bongsu yang masih study kat UKM
lepas tu habis la kisah kenduri kahwin cousin..
lepas ni kisah anak sepupu kahwin plak...
tapi dah banyak dah anak sepupu saya yang dah kahwin..yg dah ada anak sebaya umar pun dah ada

 kalau sebelah mummy
theme color untuk baju yg nak kena pakai masa majlis memang sangat-sangat penting
awal tahun dah bagitahu warna apa...kalau belum ada kena lah tempah dari sekarang
kalau dah ada takde hal la kan...tapi saya...pakai aje yg color nak dekat2 heheheh
(jimat cermat amalan mulia) :p
kebetulan theme color untuk majlis nikah ialah hijau petronas...
jadi saya sefamily pakai je baju time adik bongsu saya kahwin dulu
theme color untuk majlis bersanding plak purple..lagi la senang
pakai je baju raya 4 tahun yg lepas...fuhhhh....selesai satu masalah :)

cousin saya yang lelaki yang suka buat muka bila kita nak amik gambor tu :p
alhamdulillah dah selemat jadi suami orang dah
dulu masa tinggal sekali kat rumah arwan Wan..dia la yang paling ..... entah...hahahha
ala...budak-budak...saya pun budak-budak lagi masa tu...
pasal bola sebiji pun nak gaduh...pasal sape dapat ngaji nombor satu pun nak gaduh...ahahahah

majlis diadakan di Masjid Kristal yang setiap masa ada je pelawat asing
dari china la...dari uk la...dari india laa..
kebetulan masa majlis tu ada pelawat dari France dan China
suka la diorg dapat tengok adat perkahwinan orang melayu...siap bergambar lagi... :)

because we take things seriously...hehehe...semua orang dari yg kecik sampai yg paling tua pakai baju warna sama...

untuk majlis bersanding pula diadakan di Muzium Negeri Terengganu
majlis ni terus untuk kedua-dua belah pihak..senang..jimat masa dan tenaga
(saya pun takyah fikir baju apa plak nak pakai kalau ada majlis sambut menantu ke apa)
tak sempat nak bergambar dengan keluarga yang lain
sebab masing-masing busy..
jadinya kita bergambar dengan keluarga kecil kita je :)
thema: purple raya tahun-tahun lepas hahaha

4 tahun lepas vs tahun ni
muat lagi baju kurung dan baju melayu tu 
jadinya cari baju untuk umar dan fatimah je..

akhir sekali
nak share hasil seni tangan umar bila amik gambar
ada seni juga... sebijik macam mummy dia hehehe

oksekian
lepas ni turn siapa plak nak kahwin?
nak cari baju siap-siap ni 
:) :) :)

No comments: