Thursday, August 4, 2016

happy birthdya YB Umar

ini ialah Umar. Umar Nashriq.
waktu ni baru masuk 6 bulan. 6 bulan dah berjalan ke Tokyo. 
putih gebu. bulat macam bola. haha. 
sekarang segala baby fat dah hilang entah ke mana. hilang bersama poo poo. haha
paling goodboy. Alhamdulillah. dulu dari lepas pantang kalau bawa keluar jalan2 senyap je dalam stroller.
tak pernah boring duduk dalam stroller. walaupun dari pagi sampai petang.
paling setia tidur dalam baby cot sampai nak masuk umur 2 tahun.
dari baby sampai la belum tahu erti main main toys sampai ke malam, waktu tidur dari maghrib sampai ke pagi. tak bangun malam lansung. mummy boleh tdo dengan tenang. dan stock susu pun banyak.
sampaikan berjaya susukan sampai nak masuk 2 tahun juga. 
Alhamdulillah. Thank You Umar goodboy. :)

bukti. baby fat dah hilang dibawa poo poo. :p
seminggu dua sebelum birthday saya dah tanya Umar tahun ni nak birthday cake canne?
nak bawa cake ke school ke? dengan cepat jawab nak!!! 
nak cake ada Cars..Planes..Toy Story..Big Hero...Banana (minion)...Superwings...bla bla bla
kalau boleh segala macam cartoon character nak ... tapi mana boleh YB Umar oiii :p
so saya guna application Layout dalam phone. Google gambar2 cartoon. buat collage
pastu whatsapp ke kedai kek kegemaran. Hasilnya?? Macam dalam gambar :) 
suka sangat umar. dari balik sekolah memang tak sabar2 nak tengok cake dia......

masa 13 Julai. Tarikh sebenar birthday Umar. Macam biasa akan ada makan-makan dengan family.
ala....potong cake...spagetti...kuih muih sket...kfc sebagai penambah lemak...
budak2 tak makan mana pun...asyik nak main je...yg tua-tua ni la makan banyak hahaha
invitation card ni saya reka dengan guna application Quill kat phone
memang tak pekerjaan sangat la tu...hari yg sama ada training equipment baru kat lab. sambil2 tu buat birthday invitation ni...dah la habis lambat...kelam kabut nak siap2 utk makan-makan malam tu...

the set up.
simple je. rumah pun tak banyak barang sangat pun lagi...
frame2 gambar tu pun tak tersusun. hahhaha...

Umar is FOUR!!!!
kejap je masa berlalu...besar dah anak sulong mummy ni...tahun depan masuk tadika dah...
walaupun simple je celebration nya...tapi umar happy sangat...
disebut-sebut sampai seminggu haha

minggu lepas. seperti yang dijanji buat belated birthday celebration kat school umar
kecil-kecilan je. dengan kawan-kawan sekelas.
bawa cake cartoon idaman, nugget sket, fries sket, goodie bag untuk 25 orang classmates
umar selalu cerita pasal kawan-kawan dia buat birthdya kat school...
cake superwing la...spiderman la..princess laa...kawan bagi chocolate la..susu kotak laa...
macam macam...
sampai la turn birthday dia...nak jugak la bawa sama cam kawan2 dia tu
pengarauh rakan sebaya betul hahahha

mulanya saya dah whatsapp teacher nak bawa apa lagi selain cake
teacher dah pesan dah..takyah bawa makanan berat2...
sebab hari tu dah ada makanan berat yg school sediakan..
tapi malam tu...saya cakap kat umar..
"umar...esok kita bawa cake je la ek...nugget ke fries ke takyah la ek"
"dia jawab... "ala...kekgi kalau kawan umar lapar canne?" hmmm
ok la ok la...kita bawa nugget n fries...

habis sekolah teacher bagitahu yg umar paling banyak makan cake, nugget n fries...
ala-ala nak menghargai apa yang mummy sediakan ke apa ni?
hehehe thank you so much umar
mummy happy sangat dengar...

kepada Umar...anak sulong mummy
hadiah paling besar mummy pernah dapat
tak ada apa yang mummy nak dari umar
mummy nak umar jadi anak yang soleh...
anak yang goodboy bukan untuk mummy je...tapi untuk semua orang...
semoga menjadi seorang yang berguna..bertanggungjawab...yang tahu dosa pahala
jangan tinggal sembahyang....rajin2 baca quran...
tolong jaga adik-adik kalau mummy aboh takde...
jaga mummy n aboh bila dah tua nanti...
semoga berjaya dunia akhirat
mummy nak umar jadi doktor tau!!! #eh #aminn 
sambung cita-cita mummy yg tak kesampaian...hehe
taklah..asal umar berjaya dalam pelajaran...berjaya dalm kerjaya apa sekali pun...
mummy dah happy sangat-sangat...
(baru empat tahun dah cerita pasal kerja??? mummy niiiii)


No comments: