tak sangka betul menjadi official photographer tak semudah yang disangka-sangka penat sungguh rupanya heee tapi paling kurang saya dah ada pengalamankan dan pengalaman tu sangat berbaloi walaupun penatnya Tuhan saja yang tahu ececece…over lah you :p
3 dan 4 Dec yang lepas en.mm (dan saya sebagai pembantu hee) dah diberi kepercayaan untuk menjadi OP majlis kahwin kawan saya, Syira di Batang Kali
majlis kahwin paling meriah pernah saya pergi jemputan tak putus-putus datang dari pagi sampai la ke petang dan makanan dengan menu ala kampung yang dimasak sendiri haiiihhhh…..sangatlah membuka selera…tgk la gambar ikan keli tu.. kalau boleh nak tambah berpinggan-pinggan tapi apakan daya. nanti sape pulak nak amik gambornye… :) dan layanan yang diberikan oleh keluarga syira memang best
kepada syira dan ein selamat pengantin baru semoga berbahagia hingga ke akhirnya semoga cepat2 dimurahkan “rezeki” :)
dan yang paling penting semoga korang berpuas hati dengan gambar yg kitorang amik ni k :)
p/s: bila fikir2 balikkan. saya ni taklah terel mana amik gambar. amik gambar bunga pandai la kot. gambar kat atas sebagai bukti. tak berseni langsung :p
cuti yang tak berapa nak panjang dihabiskan kesejukan di Cameron Highlands// winter wonderland lah sangat! bermandian hujan sambil jalan-jalan tengok lambakan bantal strawberry terung hutan sekarang dipanggil epal Cameron buah cinta tapi rasa masam yang amat semuanya sebab nak tarik perhatian jangan tertipu eh :D
selalunya setiap tahun family mesti pergi Cameron setahun sekali macam dah jadi acara tahunan
cuma tahun ni Yaa tak ikut sama. balik Penang tapi tambah dengan en.mm :) tahun depan tambah junior cik Sapphire? hiks.
ok.bye.
p/s: perasan tak kereta yang ada letak bantal strawberry mesti kereta yang bermasalah.
semua orang ada DREAM HOUSE masing-masingkan tak kira rupa macam mana hiasan macam mana tapi itu kita punya dream house tak ada siapa boleh bantah hehe :)
saya tak ingat bila kali pertama saya mula fikir tentang dream house mungkin masa di tadika atau sekolah rendah bila mummy belikan satu set buku cerita Disney yang penuh dengan imaginasi-imanigasi yang indah belaka *biasalah nama lagi Disney. semua pun indah belaka. hehe*
tapi rupa bentuk dream house saya akan berubah ikut umur
ini yang saya inginkan dulu *kot* masa tadika
haha. sungguh kanak-kanak. :)
tapi apa yang saya nak sangat sekarang ialah macam ni basic color: black and white simple and exclusive
berangan dulu la kan.hiks :)
so, korang ada dream house juga kan. share nak? :)
|| kad-kad request masa form 4&5 di MRSM Kota Putra dari peminat hiks || saya nak sambung study tapi entah siapa nak sponsorkan || sushi king midvalley yums || dragonfly besi || makan roti boy panas-panas di midvalley oh sedapnye || buku yang mengingatkan saya Ki dan Wan di Kampung Dalam Bata || nacho libre di ben’s habis licin || tempahan 200 apam warna warni untuk party hari jadi || tak ada benda yang nak diceritakan lagi. layankan saja gambar-gambar lama ni k || :)
UKM sahaja dah hasilkan ribu-ribu lemon graduan sama ada degree atau master atau phd degree jangan cakaplah kan jumlah dia sama banyak dengan jumlah penduduk kat pekan semenyih ramai tak ramai
jadi adik-adik pelajar-pelajar ku sekalian tolonglah rajin-rajin sikit rajin belajar rajin buat research apa yang nak dibentangkan rajin buat latihan sebelum buat perbentangan berlatih depan cermin kalau tak tahu tanya walaupun hanya pembentangan kecil dalam kelas
kesungguhan kerajinan ketersediaan semuanya diambil kira kalau isi bagus akan lagi banyak dapat markah
kalau tak rajin dari sekarang bila lagi?
saya dulu cikgu bagi tajuk petang ni. malam karang present pengsan!!
tapi saya tak buat macam tu sebab awak baru diploma
sekarang saya bagi 4 hari masih tak dapat siap. kecewa saya tahu.
semoga kita semua berubah ke arah yang lebih baik
sebab dunia luar selepas belajar sangat mencabar. persaingan sangat sengit.
seperti semua orang sedia maklum sabtu lepas penyu menangis lagi oh. sedih nguh laa. konyong doh rase muke sek sek ganu. huhu.
saya yang bersemangat waja pergi tengok kat stadium ni jangan cakap r. memang double the konyong lah. huhu. :) terkonyong-konyong muke masing-masing. kesian yang datang jauh-jauh. doh la ahad keje. kolo menang mesti ahad cuti sehari boleh deghrak KL sehari.
apa-apa pun sejak lawan dengan singapore dulu lagi saya tak berkenan sangat dengan keeper ganu kite tu. aiiyooo… dokrok cetong orang tranung kate…
tahniah la orang Negeri Sembilan apo dayo..apo nok di kato kalu buleh nok jadi cikgu sekolah kek kuale pilah… :p
kepada penjual tiket, harga nak naik je kan. tapi kerusi kat stadium tu tolong la kasi bersih sikit. padang tu. macam padang ragut dah saya tengok. sebab tu Trg kalah kot. *eh??*
kalau lepas ni rakyat Malaysia dah tak berminat nak gi tengok perlawanan bola sepak negara lagi jangan nak bising.
yang benar, saya yang comel dan prihatin. :p
ok. habis cerita bola. kita ke cerita bazaar sabtu lepas di Jaya One, PJ. bazaar oh bazaar. macam2 ada. comel dan murah-murah plak. rasa macam nak beli semua wat balik. tapi entah kenapa saya balik dengan tangan kosong. pelik bin ajaib bin doh bakpe gitu? :)
dalam banyak bazaar yang pernah ada boleh kira dengan jari tangan sebelah kiri berapa kali jer saya pergi bazaar bazaar ni sume saya pergi bazaar kali ni pun sebab kawan saya ada bukak gerai dia ialah Cik Ajjah kita yang pandai menjahit tu.. :) kalau sesiapa yang tak sempat singgah gerai Cik Ajjah boleh la ke website dan order secara online.
dan untuk hadiah untuk diri sendiri bulan ini *pada hal bulan-bulan lepas tak ada pun acara hadiah utk diri sendiri*
saya bangun pagi tadi dengan satu pemikiran dalam kepala
hari ni nak berimiginasi tentang masakan apa pulak? semalam dah berimaginasi tentang ayam paprik *harap tak ada yang sakit perut*
eh eh tak.
saya fikirkan tentang segala benda yang saya nak dalam dunia ni
saya nak iphone saya nak lomo camera saya nak camera baru (DSLR) saya nak sambung study kat negara 4 musim saya nak kereta saya sendiri
saya nak itu saya nak ini
tapi realitinya
saya dah ada telefon yang boleh call, sms, pukul gambar, surf internet saya dah ada camera yang ada 12megapixel saya dah ada kereta putih yang boleh saya pinjam dan yang boleh bawak saya ke seluruh Malaysia saya boleh sambung study kat Malaysia sebab Malaysia pun ada universiti terbaik di dunia
*mengeluh pendek*
fikir-fikir balik
perlu ke semua tu? atau sekadar……. hmmm isi tempat kosong :)
apa-apa pun hari hari Jumaat esok hari Sabtu lusa hari Ahad hari ni hari gaji woohooo
senyum senyum senyum semua :)~~~
sekitar sambutan hari jadi SIL di MRSM Kuala Klawang Sabtu lepas. mengingatkan saya zaman saya di MRSM Kota Putra (2000-2001) dulu.
saya rasa salah satu perkara yang best tentang Terengganu ialah makanan pagi dan malam dia. Pagi kita makan nasi lemak, nasi dagang, nasi minyak, nasi kunyit, laksam, laksa, keropok. time makan malam pun kita boleh makan benda yang sama. bunyi macam sangat tak sihat kan. tapi jangan risau, kita makan dalam kuantiti yang sikit jer. tak banyak. ala nasi lemak rm1 banyak mana la sangat kan. :)