Monday, March 11, 2013

Pasar Ikan Tsukiji


memang tak ada tempat lain dah ke?
macam kat Malaysia tak dok pasor ikang ke guane?
hihi

doh memang pung
saya memang tak dok kerje
jalang jauh jauh semata nok gi tengok pasor ikang
nok buak guane..doh suka dekpong
hihi

ada hok dok pahang ke?
gi google translate r hihi

ok
Nama dia Tsukiji Fish Market
kalau tak silap
pasar ikan terbesar di dunia
syurga ikan ... eh? (bagi peminat ikan lah. bukan bagi ikan yang ditangkap tu)
terletak di Tsukiji, Tokyo
boleh amik train sampai ke Tsukiji dan jalan sikit je dah nampak
lori lori ikan yang comel2
dah boleh nampak deretan kedai kedai ikan

sayanganya
tak boleh masuk bahagian dalam
sebab mungkin terlalu busy kot
plus, kerja kerja dah mula sejak dari jam 4 pagi
jadi...round kat bahagian luar je la
dibuka setiap hari kecuali hari Ahad

berpinar pinak mata tengok ikan salmon yang segar segar
hihi over lah you nih
kedai kedai sushi yang melambak lambak
nak je masuk tanpa rasa was was dan makan segala macam jenis sushi yang fresh
tapi ......... apa kan daya
bila dah ada perasaan was was tu..mana boleh buat main -___-"
jadinya....cuci mata je la kan

harap Pasar Payang tak dan tak akan dirobohkan
idea sape la yang 'cerdik' sangat tu
pasor ikang memang lah busuk
mana ada pasor ikang hok dok busuk, og?
kalau setakak nok buat hotel dengang shopping mall tu
tepak lain banyok ada
pasor payang yang satu mana nok cari?
satu dalang dunia je

kalau orang luor mari Terengganu
nok bowok gi mana lagi kalau dok Pasor Payang?
dok kang nok bowok gi Astaka???



ok
tu je
bye
senyum sokmo k
:)



Friday, March 8, 2013

hamamatsucho

tengok je la kan. was-was 
ini sebenarnya car wash. kecik je. boleh muat dua buah kereta je. 
beri laluan. beri laluan. 
comel kan?kecil je. kalau la boleh wat balik satu ni. boleh la guna untuk gi kerja pagi-pagi :)
tinggal ranting je. sebab baru habis winter. kot.

esok hari jumaat
sepatutnya kerja
tapi saya kan pekerja terbaik
kenalah amik cuti sekali-dua hikhikhik
*takde kaitan dan boleh diabaikan*

esok saya cuti
sebab nak ke singapore
en.mm nak bawa umar jumpa saudara-mara kat sana

plus
mood nak update blog sedang membuak-buak melimpah ruah ni
*dengan harapan ada orang baca*

ok kali ni
nak share gambar di sekitar hotel tempat saya menginap kat Tokyo
saya lupa apa namanya
yang saya tahu dari hotel boleh jalan kaki ke train station Hamamatsucho
yups. kami bertiga pernah berjalan kaki dari station ni ke hotel
1.1km. malam. sejuk. penat. memang hari ini dalam sejarah
habis kebas kaki
barulah nama traveller kan ;)

hamamatsucho ni menurut kata en.mm
kalau kat malaysia tu sama macam semenyih lah
tapi maju sikit la kot hihi :)
bandar kecil je
takde benda pun
cuma kedai kecil-kecil je

tapi kat sini lah letaknya Tokyo Tower
yang bestnya.
walaupun tokyo tower ni dah depan mata
tak sempat pun nak panjat ke puncak tower
sayang kan
kena pergi lagi ni :)

gambar-gambar ni diambil
masa hari pertama kat sana
dalam perjalanan ke train station untuk ke Tsukiji Fish Market
next entry saya cerita pasal pasar ikan terbesar ni pulak k

bye.

Thursday, March 7, 2013

ukm


 
 

rindu nak jadi student
bangun pagi sebab kelas pagi
bangun lewat sikit sebab kelas lewat sikit
jalan kaki turun 100 anak tangga untuk ke fakulti
berlari sebab kena kejar dengan monyet ukm
tunggu bus merah untuk ke pasar malam
minum kopi kat kiosk nescafe kat pusaneka
atau makan roti kat bakery kat pusaneka
tiap bulan cuci gigi free kat klinik gigi ukm
nak exam baru rajin gi ptsl
tahan sejuk dalam dectar sambil jawab exam
malam-malam buat latihan tarian kat panggung seni
pendek kata
rindulah

apa pulak perasaan kalau jadi lecturer kat ukm eh?
satu hari nanti.
amin.
:)

Wednesday, March 6, 2013

sakura



peliknya
saya rindukan jepun
macam rindukan kampung halaman ewah ewah
tak adalah
macam nak pergi lagi
macam tak puas


rindu dengan suasana yang sejuk
rindu dengan keadaan yang bersih
kalau la malaysia pun bersih macam kat sana
waaa bestnya


masa ni
sakura baru nak berbunga
harap lain kali
kalau ada rezeki nak pergi time sakura dah lebat berbunga
ni pun satu-satunya tempat yang ada pokok sakura yang saya jumpa
(yang dah berbunga lah) kat area hotel
pokok-pokok lain semuanya tinggal ranting je


ok lah
lepas ni saya share gambar sekitar kawasan hotel tempat saya menginap
(kali ni gambar besar-besar)


oh
dinner semalam:
sardin, sayur kacang buncis masak sos tiram, mushroom goreng tepung dan lada kicap




Tuesday, March 5, 2013

mee goreng basah


ada masa kita boring makan nasi
ada masa kita boring masak banyak lauk
ada masa kita boring seboringnya
tapi kena masak jugaklah
nanti en.mm nak makan apa
makan luar?
lagi la boring
jadinya
inilah dia makan malam kami semalam

Resepi: Tuah Ayam Nampak Di Kaki

Bahan-bahan
1 bungkus mee kuning
3 sudu besar cili giling (kalau digiling sendiri, boleh kurangkan sikit, sebab pedas sangat nanti)
4 sudu besar bawang kisar
sedikit sos tomato, kicap, sos tiram
1 biji telur
3-4 batang sawi di potong-potong
1 mangkuk air
sedikitt ayam (nak tambah udang atau sotong pun boleh)
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara
tumis cili giling dan bawang kisar hingga garing
masukkan sos tomato, sos tiram dan kicap
masukkan air
masukkan ayam, biarkan hingga agak-agak masak
bila dah menggelegak masukkan telur (dipukul dulu)
kacau-kacau biar dia hancur
masukkan sayur sawi dan mee
masukkan garam dan gula secukup rasa
biarkan hingga dah masak semuanya
siaplah sudah.... :)

selamat mencuba

Friday, March 1, 2013

jawa celop


kadang-kadang
boring dah dengan lauk yang berat
sekali-duakala makan simple-simple pun best jugak
tambah gak nasi dua pinggan


so resepi kali ni nak bagi nama apa ni?


hmmm...saya rasa semua tahu kot cara nak buat ni
tapi kita share je lah
mungkin cara saya lain dengan orang lain kan :)

Resepi Tempe Goreng Rangup dan Sambal Kicap

Cara-cara untuk Tempe goreng rangup
tempe di potong nipis-nipis
dibasuh dan direndam dengan air garam
lepas beberapa minit
goreng hingga garing

Cara-cara untuk Sambal kicap
beberapa cili padi (ikut kesukaan kepedasan masing-masing)
3-4 ulas bawang putih
kicap
semua bahan kat atas di-blend hingga lumat

sedia untuk dihidang

:) :) :)

senang kan
lauk orang bujang memang senang canni

sekian.

Thursday, February 28, 2013

cekelat nini


makan tak henti-henti
how lah?
harap tiada yang gemuk
:)

Sunday, February 24, 2013

Negara Doraemon

macam cita-cita / angan-angan / impian / keinginan
menjadi satu kenyataan
macam rezeki yang datang yang tak disangka-sangka
ecehss

apa-apa pun..Alhamdulillah :)

minggu lepas
saya, en.mm dan en. umar ke Jepun
lebih kurang seminggu jugak ke sana
kali ni (kali ni?mcm nak pergi lagi je) saya ke Tokyo sahaja

pergi ke sana sendiri-sendiri
say no to travel agent
tapi segala persiapan en.mm yang uruskan
saya cuma................uruskan umar je hihi :)

mungkin sebab selalu sangat tengok Doraemon
tiap hari Sabtu, pukul 7 malam
dan mummy pun selalu jugak beli komik Doraemon
menyebabkan saya teringin sangat pergi ke Jepun
kejap pun jadi la
dan minggu lepas en.mm dah realisasikan impian saya tu
keinginan en.mm jugak sebenarnya

memang sangat mencabar jugak
pergi negara orang dengan sendiri-sendiri ni
nasiblah public transport kat jepun tip top
kalau tak memang pengsan jugak la

kat sana
mana-mana pergi naik train dan jalan kaki
tapi kebanyakkannya naik train lah
jalan kaki tu macam kalau dari train station nak ke satu-satu tempat
jauh pun jauh lah
asal dapat tgk tempat orang
dan semestinya amik gambar (itu yg paling utama)

cadangnya nak buat entry asing2 untuk setiap tempat yang saya pergi
tapi fikir-fikir balik nanti ada satu entry je
yang lain terperap jadi jeruk
so, entry ni akan menjadi satu yang panjang dan panjang dan panjang
harap tak memboringkan ;)

ok jom tengok gambar k...

Haneda Airport
ada nursing room yang best
dan stroller yang comel

The Prince Park Tokyo Tower Hotel
boleh tengok Tokyo Tower dari tingkap bilik
super nice view! :)

sakura!!
kat hotel tu ada macam ada small garden penuh dengan pokok sakura
tapi time saya pergi ni sakura baru nak berbunga
kalau pergi dalam pertengahan tahun mesti banyak lagi para-para sakura ni

Tsukiji Fish Market
tutup pada hari ahad
mula beroperasi jam 4 pagi
jadi kalau terbangun lewat tu boleh melawat bahagian luar pasar ni je

jalan-jalan amik gambar di kawasan sekitar hotel

pengangkutan utama train
kedua: basika, ketiga: kaki hihi :)
kebanyakkan suka pakai baju hitam
sangat-sangat jarang nampak pakai baju selain hitam, peach, coklat
colour blocking? naaaa :)

Mount Fuji
sempat merasa main salji 
excited betul dapat jumpa salji hihi

Shinjuku

Harajuku

Nakano Broadway

Asakusa

Tokyo Disneyland

Akihabara

Tokyo Camii

ok tu je
ngantuk dah ni
semoga dimurahkan rezeki lagi untuk saya anak-beranak jalan-jalan kat Jepun.
amiin.

bye.
malam.



Wednesday, February 13, 2013

tujuh


Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Muhammad Umar Nashriq
Allah selamatkan kamu

:)

Sunday, February 10, 2013

ela & eli


saya namakan resepi untuk kali ni ialah Buah cempedak di luar pagar
ala...macam resepi Ela dan Eli dalam rancangan ALONG tu hihi :)

ada rupa buah cempedak yang di luar pagar tak?
:)

Impian


filem pertama saya dan adik-beradik tengok kat Panggung Wayang Rex, Terengganu ialah filem Impian
lakonan Amy Mastura dan Azhar Sulaiman
mungkin disebabkan filem pertama kot
menjadikan filem impian ni macam jadi antara filem fav kami berempat
tengok banyak kali pun tak boring
skrip jangan cakap lah. dah boleh hafal dah.

jadi kalau pergi Cameron Highland mesti tak lepas peluang
nak cari tempat-tempat yang ada dalam filem Impian tu.
sampai macam tu sekali
dan lepas 2 3 kali kaji selidik (ecehhs) dilakukan
kitorg rasa Smoke House dan The Lake House antara lokasi penggambaran filem Impian ni

dan baru-baru ni saya sempat bermakan angin di Cameron Highland
dan stay kat The Lake House ni
tempat dia sangat menarik dan sangat klasik
macam rumah tinggal orang-orang British dulu
sangat ke-orang-putih-an sampai rasa sangat ke-scary-an hihi
service sangat ok
sangat berbaloi
pendek kata memang sangatlah hihi :)

saya ada ambil banyak gambar
tapi saya share sikit-sikit je eh
hmm
ok tu je.
bye.


takde idea
nak tulis ending kahkahkah
bye :)