Wednesday, August 25, 2010

cerita basi sudaa

sekitar acara berbuka puasa dengan geng2 yellow di putrajaya
lepas mcm mcm cadangan tempat berbuka
last skali kita balik ke cadangan bang long jugak hee
simple n sempoi saja
beli food ringan di bazaar
pastu berkelah di tepi masjid besi di tepi tasik
sambil menikmati rotijohn-chicken wing-otak otak-mee goreng-rojak singapore-kebab-
(eh nih makan ringan ke berat nih?)
pastu solat di masjid besi
bergambar sakan tak hengat di menara wawasan
atau dengan kata lain setiap tempat di putrajaya nk amik gambar
tapi saya letak sikit je la ek
pastu gi makan2 berat di kedai berhampiran gate 2 ke 1 ntah putrajaya
pastu balik kne marah..sebab kul 12 baru sampai rumah heee
jadi..
selamat menjamu mata dengan gambar2 yg x seberapa nih
perhentian pertama - di tengah2 jln alamanda

bergambar depan rumah kampung - dengan harapan akan merasai berbuka di kampung halaman -

membunuh waktu di alamanda - ke nichi - ke bodyshop - dan bila melalui famous almost - perut buat buat mcm x sahur semalam - isk isk isk

sebelum gerak ke bazaar.singgah solat asar kt masjid

bergambar kenangan dengan jubah biru besar mcm jubah konvo

kereta tajaan pun nak bergambar

gaya normal

dlm perjalanan ke bazaar

bersila di tepi tasik sambil membilang waktu berbuka - masing2 kelaparan n kehausan - tapi bila sampai part org nak amik gambar - tiba x lapar da

masing masing kusyuk baca doa berbuka..ameenn

solat kat Masjid Besi

makan dulu sebelum balik - aka - sahur jugak r nih

tempat asal cinta

Pernah jatuh cinta dengan orang yang hatinya sudah berpunya?
Saya pernah. Lebih sekali. Saya percaya ramai di luar sana juga pernah. Normal bagi mereka yang tidak pernah, untuk menganggap golongan yang pernah ini sebagai gatal, atau sengaja, atau mencari fasal. Normal untuk kita berkata itu ini sebelum merasai. Manusia prejudis pada apa yang mereka tidak tahu dan skeptikal pada apa yang mereka tidak faham. Ini kelaziman kita semua. Jangan kecil hati.
Gatal, sengaja, atau mencari fasal – saya tidak akan mengiya atau menidakkan mana-mana. Boleh jadi tiga-tiga. Boleh jadi salah satu. Boleh jadi bukan langsung. Jangan bilang “kejinya, aku takkan buat begitu.” Perjalanan hidup bukan semuanya dalam tangan kita untuk menentu.
Pada saya, mereka yang melalui pengalaman ini adalah golongan idealis (yang perlu direalistikkan), sedikit lemah (yang perlu dikuatkan), dan yang paling penting, terpilih oleh Allah untuk dihadapkan dengan ujian.
Kalau jatuh cinta dengan orang yang hatinya sudah berpunya itu dosa, kenapa Allah menghalalkan poligami? Fikir. Yang bikin dosa adalah perbuatan, bukan sangat perasaan.
Saya berani kata begini sebab saya banyak dosa.
Tapi itu cerita lain. Ini cerita kita-kita.
Selama hampir 26 tahun saya bernafas, mengutip pengalaman dari hidup sendiri, mengutip cerita dari hidup ratusan orang di sekeliling, saya semakin sedar, bahawa jatuh cinta adalah jatuh cinta.
Jatuh cinta setelah tahu dia sudah berpunya.
Jatuh cinta sebelum tahu dia sudah berpunya.
Jatuh cinta namun berpisah kerana hatinya diambil orang lain.
Jatuh cinta, berpisah, dia mula hidup baru dengan teman baru, namun kita masih terus menerus jatuh cinta.
Jatuh cinta adalah jatuh cinta. Titik.
Sakitnya mengetahui bahawa orang yang kita kasih itu mengasihi orang lain, atau terikat dengan orang lain, adalah sakit yang luar biasa. Bilamana dia itu suami/isteri orang, tunangan orang, atau kekasih orang, kita serta-merta mengarah hati kita supaya berhenti. Jangan sayang lagi. Tak boleh!
Hati tanya kenapa?
Kita jawab tak boleh.
Hati tanya kenapa?
Kita jawab tak boleh!
Setakat “tak boleh”, lut ke?
Biasanya kalau ada rasa benci, akan lebih mudah untuk awak berhenti mengasihi. Kalau dia itu jahat orangnya, banyak buat salah, layan awak seperti sampah, adalah modal untuk membenci. Masalahnya dia baik (kalau jahat kenapa pula awak hendak jatuh cinta, betul?), dan dia tidak buat salah, dan dia tidak layan awak seperti sampah. Jadi modal untuk membenci tidak ada. Satu-satunya modal untuk berhenti ialah kekuatan diri awak sendiri. Iman. Nekad. Dua perkara itu paling payah hendak timbul bila sudah bertembung dengan hati yang sarat dengan nafsu hendak mencinta dan dicintai. (Dan orang gila mana yang tidak mahu mencinta dan dicintai?)
Hati dengan otak, manalah duduk sebelah-menyebelah.
Apa yang saya buat dahulu untuk memboloskan diri dari keadaan ini ialah, saya berserah. Bukan berserah sekadar di mulut, tapi betul-betul berserah. Tahun demi tahun, saya semakin sedar bahawa manusia bukan kepunyaan manusia. Pasangan kekasih bukan dimiliki satu sama lain. Pasangan tunangan bukan dimiliki satu sama lain. Suami isteri juga, bukan seratus-peratus dimiliki satu sama lain. Lelaki yang saya jatuh cinta itu bukan barang runcit, yang saya boleh curi-curi ambil dari troli orang lain. Kalau pun dia dengan saya, satu hari dia boleh pergi ke orang lain. Kalau pun dia dengan kekasihnya, satu hari dia tetap boleh pergi ke orang lain. Dia ada otak, ada hati, ada kaki; dia boleh ke mana-mana sesuka hati. Setiap manusia ada hak dan daya untuk memilih. Jadi apa makna “pemilikan”? Apa makna “kepunyaan”? Wujudkah “pemilikan” dan “kepunyaan” sesama manusia? Siapa yang benar-benar memegang otak, hati, kaki, seluruh anggota manusia tadi? Siapa yang ada kuasa total untuk mengawal semua ini?
Kawan saya kata, “tempat asal cinta ada satu je.”
Saya percaya, kita jumpa jodoh kita kalau kita mula mencinta dengan mencintai Allah. Saya bukan orang yang paling baik. Saya cuma tukang redha. Tukang berserah. Tukang sujud. Tukang tadah. Dan semua ini paling ketara bila saya paling susah. Saya bukan orang yang paling baik.
Cuma dalam situasi sebegini, saya ambil langkah pertama dengan berhenti berfikir, “Aku nak dia. Aku nak dia. Aku nak dia.” Sebaliknya saya mula berfikir, “Terpulanglah, Allah. Apa saja yang Kau rasa baik untuk aku. Terpulanglah. Buatlah.” Redha dan berserah pada mulut adalah sangat-sangat berbeza dengan redha dan berserah pada hati. Hanya bila ia terjadi pada hati, akan awak tahu bezanya. Percaya cakap saya; sangat-sangat besar bezanya.
Saya percaya jodoh itu misteri. Letaknya di tangan Allah, bukan manusia. Jangan biar manusia lain menetapkan definisi jodoh bagi kita. Jodoh itu bukan mesti jatuh cinta dengan orang bujang. Atau lelaki berkopiah. Atau wanita yang tidak pernah berbuat salah. Menjadi isteri kedua adalah jodoh. Menjadi isteri pada cikgu awak adalah jodoh. Berkahwin dengan office boy tempat awak bekerja adalah jodoh. Berkahwin dengan musuh awak zaman belajar dulu adalah jodoh. Berkahwin dengan janda adalah jodoh. Berkahwin dengan lelaki yang lebih muda adalah jodoh. Berkahwin dengan duda anak tiga juga tetap jodoh. Kerana jodoh itu bubuhnya di tangan Maha Pencipta, jadi ia boleh datang dalam macam-macam rupa.
Kalau kita betul-betul hendak tahu apa akhir cerita cinta kita,
kita kena berbalik pada tempat asal cinta itu.
Dan seperti kawan saya kata,
tempatnya cuma ada satu.
oleh:: WRD
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
nak jugak post entry WRD nih
walaupun da di re-post oleh along eh baca jugak semalam
suka sgt ngn entry nih..sgt !
pernah terfikir pasal nih..??

saya percaya
jodoh
hidup
mati
rezeki
semua tu kerja Dia
kita..??
berdoa..biar yg baik2 saja utk kita...

happy wednesday semua !!!

:) :) :)

Tuesday, August 24, 2010

resepi : puding istana

kalau korg ada dlm frendlist fb saya
ingt x..status saya yg berbunyi chewah berbunyi
status saya pasal : sedang masak puding istana..?
ingat x ingat x?
lepas tu
ramai yg mintak resepi
tapi..hik hik hik
sampai hari nih saya x pm diorg lagi hik hik hik

jadi sekarang
kalian semua sgt bertuah sebab akan belajar buat puding istana nih
sekali makan nescaya esk akan dilamar anak raja huhu *tipu nye*

ok
da bersedia dengan pen dan kertas..??
ingt lagi *selingan*
dulu klu tgk rancangan buat iskut raya dengan cornflakes
bila part resepi cepat2 salin
cepat2 r sgt..yg sempat salin bhn2 je..brape byk brape kilo semua tu tertinggal
huhu

ok ok
saya type resepi kt sini
korg boley copypaste jer huhu

mula2 biar saya habaq rupabentuk puding nih dulu

dia ada 3 lapisan
lapisan 1 - pisang goreng
lapisan 2 - kastard
lapisan 3 - jalamas

lapisan 1:
  • goreng pisang lemak manis
  • goreng kosong jer..xyah bersalut apa2
  • pastu susun dlm bekas (kiranya lapisan bwh skali r nih)
lapisan 2:
  • semua org tau nk buat kastard kan? hehe
  • telur kuning, susu cair, esen vanila, gula, air, tepung kastard
  • bila da betul2 pekat
  • lapiskan atas pisang goreng tadi
lapisan 3:
  • jalamas..kueh tradisional klate n tranung huhu
  • tahu kan yg mana satu..? ala yg mcm rambut tu..color kuning
  • amik jalamas..pisah2 kan..jgn dia berserabut.tabur atas lapisan kastard tadi
  • faham kan..? :D
lapisan tambahan:
  • lapisan atas
  • boley hias denngan buah2 dlm tin ke..pic ke..ikut kesukaan
last skali
puding nih enak di makan bila sejuk

dan hasilnya.....
dari sudut atas yumm yummm
dari sudut kiri..yumm yummm
hati hati bila nk cedok letak dlm mangkuk..tp walaupun rupa mcm nih..rasa nya..isk isk yummm yummm

selamat mencuba !

InsyaAllah

gambar:: NasrinMohebbian


Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way
Insya Allah
Insya Allah we`ll find the way

-maher zain-
----------------------------------------------------

waktu rehat
perasaan?
x pasti sgt
campur mcm abc mcm rojak mcm nasi goreng mcm yong taw foo
rehat 30 minit
ada lagi 20 minit
perlu siapkan 2 report
dateline? petang nih sebelum balik
teringat2 apa yg cik boss ckp huuu
korg ada tips utk tidak jadi pemalu-pendiam-atau apa2 saja yg berlawanan ngn yg bwh?
atau ada tips utk jadi byk ckp-yakin-atau apa saja2 yg berlawanan ngn di atas?
saya sgt fail dlm subjek nih isk
maher zain
sebelum nih xpernah rasa lagu dia best haha terukss nya kamu nih
tp lepas dengar lagu InsyaAllah nih
ok akan start download full album heee

selamat selamat semuanya
bekerja lah kita sekuat nya !

Saturday, August 21, 2010

hujung minggu

gambar: design sponge


happy weeknds everyone !

watpe hari nih..??
shoping raya..??
berrehat-rehat kt rumah..??
ke sesi masak memasak dengan ibu mertuaku..??
hehhe

saya
skang sendirian di rumah
cari baju
lipat baju
sapu sampah
tgk best wan kt afc
update blog
edit gambar jln tar
tunggu org call
cari baju lagi
xtau nk pki baju apa nih

yang lain kuar
yaa gi kelas
mummy adik n emy kuar servis kereta

so..
buka puasa apa hari nih..??
kt luar..??
kt rumah..??
atau kat rumah ibu mertua ku..??hehhe

saya n geng geng yellow
berbuka sama sama hari nih
kat putrajaya
ktorg akan beli food masing2 kt bazaar
pastu mkn kt dataran...
mungkin otw ke putrajaya
akan singgah sat kt ukm
nk amik majalah aspirasi ngn tokey budu *klu sempat r*
klu x hari nih..bila lagi...hmm
mungkin nih acara berbuka puasa kt luar yg last
minggu nih saja..tiap2 hari mkn kt luar..hishh
apa nk jadi nih...

sedap la plak chef wan masak sup ekor

ok
mau siap siap
masak elok elok
jgn terpotong jari ke apa ke
masak bersih bersih
biar ibu mertuaku kagum hehe..

selamat berbuka
jumpa esk !

:)

saiz bumi sebenar



dari kiri cepat jalan !! kirik kanan kirik !!
dari kiri:: liyana, cik sapphire, ros



liyana antara org pertama saya kenal kt ukm
dia student biology
walaupun x sama corse
ada gak 2 3 subjek yg sama
mcm anatomy tumbuhan..zt..kimia...
yg paling best..ko-k tarian tradisional
liyana kerja kt company yg supply brg2 lab
owh kitaorg sama matrik dulu..kmns
tapi kenal2 camtu jer r..x rapat pun

ros plak
bestfriend liyana
diorg sekolah aminuddin baki
dulu matrik kmm
pastu masuk upm
skang kerja sama ngn saya
meja sebelah sebelah

saya..??
saya ..saya lah..i am sapphire hehe :D

dunia nih
xde la besar sgt kan
pusing pusing
jumpa org tu gak
balik2 org sama

da lama x jumpa liyana
da nk setahun kot
byk plak gossip terhangat hehe

gambar tu..
kualiti gambar meningkat dengan kedudukan hehe
kualiti di sini maksudnya semua x nampak gemuk hehe

:) :) :)

Friday, August 20, 2010

genetik kurus?


masa kt mrsm dulu
berat pernah mencapai 50kg
isk isk isk
bayangkan kebulatan muka saya dulu
klu nk kata mcm bulan pun boley
yer la
mkn 6 kali sehari
between breakfast n lunch tu
mkn gak
mkn nasi lauk aym goreng masak merah plak tu
lunch mkn nasi lagi
isk isk isk

pastu
da abes sekolah
mula mengalami kesedaran yg
saya xnk jadi gemuk
saya nk kurus hik hik hik
walaupun mummy duk pesan 100x
"family kita nih mana ada kurus tgk wan n ki tu..kurus je"

dalam hati
ahh tidak ku kira
saya sudah gemuk
maka kita perlu lakukan sesuatu

pastu
selama sebulan sementara tunggu matrik
saya minum teh herba
yg minum skali..lepas 8 jam..akan sakit perut yg sgt
yg tak tertahan..tau kan yg mana
selain tu
pagi2 joging kt batu buruk 2 3 pusingan
selain tu..puasa r apa lagi
walau da abes ganti..puasa jugak

dan akhirnya
berat saya
sampai skang x naik naik
seperti gambar di atas

sihat ke x sihat ek..??

:) :) :)

balas dendam




acara berbuka puasa dengan group SQM , GHO
di IGCC, Kajang
rm15 boley makan sampai gemok
tapi mulai hari nih akan jadi rm45
utk staff SD akan jadi rm35 - just tunjuk id card

kambing dia sedap !
teringat ingat hehe

note:: ini adalah kes balas dendam sbb xdpt mkn dgn byk masa kt sdcc br2 nih :D


happy!






Life is Just a Bowl of Cherries,
Sometimes It's afraid Filled with Worries
Don't be afraid, When Things Go Wrong, Just be Strong.

When Thing Seems up in the Air,
And Everything is so Unfair,
And You Stumble and Fall
Just Pick Yourself up and Sing

If One Day You Lose Your Way,
Just Remember One Thing, My Friend.
When You're Under a Cloud
Just Visit Music and Sing

If One Day You Lose Your Way,
Just Remember that I'm Here to Stay.
Don't You Give up, Keep Your Chin up,
And Be Happy!
-mocca-
------------------------------------------

happy friday !!
happy weekend !!
happy working !!

jgn sedey sedey
jgn stress stress
senyum senyum

:) :) :)

Thursday, August 19, 2010

rindu saya x?


sedang
menjalani
sesi berkomunikasi secara jarak jauh

rindududu

T_T

salam perantauan


selalu berangan
nnt saya salah sorg yg kirim salam perantauan nih kt family n kwn2 kt malaysia

:) :) :)

saya xnk bercuti sahaja
tp nk merasa jadi student kt sana
xkesah mana mana pun

ameen

:)

cuma dia

kemudian aku
diam dan putarkan 'because you love me'
dari Celine Dion,
sisi pensil kayu yang tak lagi
berkawan baik dengan
buku puisi yang semakin hampir kuhayun.

saat hati bosan dengan
peti tv yang mula khianat dan
radio curang berlagu dayu yang memahat mahat.
aku masih
tunggu kalau mungkin mampu
temu September dan
'banana chocolate'.

oleh:: aku punya telegram buruk/eat drink chik
---------------------------------------------------

alam maya?
cukup?
saya mahu lebih
-_-"

selamat pagi

....

pagi !

saya tersangatlah mengantuk
rasa nk tdo lagi

food masa acara berbuka kt SDCC semalam x menepati citarasa chewaah
makanya makan sikit jer
tapi terubat bila dpt jumpa sebahagian geng2 group yellow

rindu korg
ececece

:)

Wednesday, August 18, 2010

quote 5

"Kita tak membaca dan menulis puisi kerana ia comel. Kita membaca dan menulis puisi kerana kita adalah anak manusia. Dan anak manusia penuh dengan ghairah. Perubatan, undang-undang, perniagaan, kejuruteraan - ianya adalah mulia dan perlu untuk mempertahankan hidup. Tetapi puisi, kecantikan, romansa, cinta - ini adalah untuk apa kita terus hidup." - Dead Poets Society -

quote -qifahsdamha
gambar - greatfullday
***

mummy cerita
mummy salah seorg ahli Persatuan Penulis Terengganu
*da tau da..mummy mmg berseni org nya..cuma x tunjuk jer*
mummy pernah tulis satu puisi tajuk "Segulung Kertas"
puisi da jadi inspirasi kepada seseorg
sampaikan dr yg x suka belajar ke seorg yg belajar sampai peringkat tertinggi
betapa berkesannya puisi mummy nih ke org tu

saya?
x reti la ber-puisi
tahu curik org lain punya jer

:) :) :)


the idea house





Some of the green building technologies that will be incorporated into the Sime Darby Idea House are 100% recyclable roof system, rainwater harvesting system, FSC certified timber products, certified energy efficient appliances, CFL and LED lighting system, environmentally-friendly light bulbs, solar panels, 100% recyclable kitchen cabinets, among others.

***

menarik kan?


for more click sini dan sini
"Developing Sustainable Futures"
:)

cinta



Di antara hati laki laki dan hati wanita,

Kau akan
temukan
sebuah
cinta

Yang jika
tidak dikut
sebetulnya
dengan cara
agama,

Akan
membawa
kau ke
jalan

yang
sangat
sempit
menuju syurga,

Dan
membawa
kau ke
jalan

yang
maha luas,
menuju neraka

oleh:: adik
-------------------------------

teringat ingat

kalau x puasa


pagi semuanya !

pagi pagi canni
klu makan
roti canai kuah kari
dengan
teh o ais limau
best jugak kan
tak pun
nasi lemak lauk ayam goreng rempah
huuu....

selamat berpuasa hari ke-7

:) :) :)

note:: gmbr oleh cik gugel

Tuesday, August 17, 2010

moreh ala sapphire

menu selepas terawih

sambung makan
puding gula hangus ala mummy yum yum
keropok lekor ala jalan tar yg kununnya ala terengganu
hampeh x sama lansung!
sirap ala mummy
semua ala mummy lah yum yumm
kecuali
pharmaton
n segelas air suam
kenapa lah pharmaton xde dlm versi yg kecik sikit


ok
siap siap tgk Lagenda Budak Setan ala tv

note:: farid kamil dalam n luar tv sama hensem la hik hik hik :D
(jumpa kt bazar seksyen 13 sabtu lepas)

born


Back then,
I never thought falling in love again and again with the same person would be possible.
Until it happened to me.
I love being imperfect.
And insecure.
And inadequate.
I love falling in love with an imperfect man.
Sharing the adventure of learning to be better.
Hoping that with the given time together,
we’ll bring out the best of each other.
Knowing we were born imperfect,
to complete and be completed.
Allah Ta’ala is the Ultimate Genius.
oleh:: WRD
-----------------------------------------------------------------

tiba tiba jadi warna hitam legang
mcm boring plak ngn color putih
ok ke x ok?
dan rindu

Monday, August 16, 2010

cinderella aka QS


ini adalah lakonan semula sila abaikan kerajinan yg cuba ditonjolkan

entry last sebelum menjadi spesis sardin yang paling comey dalam tin yang panas macam tgh buat sauna hehe kepada cik cinderella selamat bekerja di tempat itewww cuba dapat kn projek besor punye so that nnt boley beli benda itewww dengan harga yang murah jgn duk cerita hal family org org itewww sahaja hehe semoga kekal menjadi cinderella walaupun adam da besor hehe gaji 1st kekgi blanja buke opse kt ikea hehe satu lagi nk pinjam mini gi keje boley dop? hehe