Wednesday, August 25, 2010

tempat asal cinta

Pernah jatuh cinta dengan orang yang hatinya sudah berpunya?
Saya pernah. Lebih sekali. Saya percaya ramai di luar sana juga pernah. Normal bagi mereka yang tidak pernah, untuk menganggap golongan yang pernah ini sebagai gatal, atau sengaja, atau mencari fasal. Normal untuk kita berkata itu ini sebelum merasai. Manusia prejudis pada apa yang mereka tidak tahu dan skeptikal pada apa yang mereka tidak faham. Ini kelaziman kita semua. Jangan kecil hati.
Gatal, sengaja, atau mencari fasal – saya tidak akan mengiya atau menidakkan mana-mana. Boleh jadi tiga-tiga. Boleh jadi salah satu. Boleh jadi bukan langsung. Jangan bilang “kejinya, aku takkan buat begitu.” Perjalanan hidup bukan semuanya dalam tangan kita untuk menentu.
Pada saya, mereka yang melalui pengalaman ini adalah golongan idealis (yang perlu direalistikkan), sedikit lemah (yang perlu dikuatkan), dan yang paling penting, terpilih oleh Allah untuk dihadapkan dengan ujian.
Kalau jatuh cinta dengan orang yang hatinya sudah berpunya itu dosa, kenapa Allah menghalalkan poligami? Fikir. Yang bikin dosa adalah perbuatan, bukan sangat perasaan.
Saya berani kata begini sebab saya banyak dosa.
Tapi itu cerita lain. Ini cerita kita-kita.
Selama hampir 26 tahun saya bernafas, mengutip pengalaman dari hidup sendiri, mengutip cerita dari hidup ratusan orang di sekeliling, saya semakin sedar, bahawa jatuh cinta adalah jatuh cinta.
Jatuh cinta setelah tahu dia sudah berpunya.
Jatuh cinta sebelum tahu dia sudah berpunya.
Jatuh cinta namun berpisah kerana hatinya diambil orang lain.
Jatuh cinta, berpisah, dia mula hidup baru dengan teman baru, namun kita masih terus menerus jatuh cinta.
Jatuh cinta adalah jatuh cinta. Titik.
Sakitnya mengetahui bahawa orang yang kita kasih itu mengasihi orang lain, atau terikat dengan orang lain, adalah sakit yang luar biasa. Bilamana dia itu suami/isteri orang, tunangan orang, atau kekasih orang, kita serta-merta mengarah hati kita supaya berhenti. Jangan sayang lagi. Tak boleh!
Hati tanya kenapa?
Kita jawab tak boleh.
Hati tanya kenapa?
Kita jawab tak boleh!
Setakat “tak boleh”, lut ke?
Biasanya kalau ada rasa benci, akan lebih mudah untuk awak berhenti mengasihi. Kalau dia itu jahat orangnya, banyak buat salah, layan awak seperti sampah, adalah modal untuk membenci. Masalahnya dia baik (kalau jahat kenapa pula awak hendak jatuh cinta, betul?), dan dia tidak buat salah, dan dia tidak layan awak seperti sampah. Jadi modal untuk membenci tidak ada. Satu-satunya modal untuk berhenti ialah kekuatan diri awak sendiri. Iman. Nekad. Dua perkara itu paling payah hendak timbul bila sudah bertembung dengan hati yang sarat dengan nafsu hendak mencinta dan dicintai. (Dan orang gila mana yang tidak mahu mencinta dan dicintai?)
Hati dengan otak, manalah duduk sebelah-menyebelah.
Apa yang saya buat dahulu untuk memboloskan diri dari keadaan ini ialah, saya berserah. Bukan berserah sekadar di mulut, tapi betul-betul berserah. Tahun demi tahun, saya semakin sedar bahawa manusia bukan kepunyaan manusia. Pasangan kekasih bukan dimiliki satu sama lain. Pasangan tunangan bukan dimiliki satu sama lain. Suami isteri juga, bukan seratus-peratus dimiliki satu sama lain. Lelaki yang saya jatuh cinta itu bukan barang runcit, yang saya boleh curi-curi ambil dari troli orang lain. Kalau pun dia dengan saya, satu hari dia boleh pergi ke orang lain. Kalau pun dia dengan kekasihnya, satu hari dia tetap boleh pergi ke orang lain. Dia ada otak, ada hati, ada kaki; dia boleh ke mana-mana sesuka hati. Setiap manusia ada hak dan daya untuk memilih. Jadi apa makna “pemilikan”? Apa makna “kepunyaan”? Wujudkah “pemilikan” dan “kepunyaan” sesama manusia? Siapa yang benar-benar memegang otak, hati, kaki, seluruh anggota manusia tadi? Siapa yang ada kuasa total untuk mengawal semua ini?
Kawan saya kata, “tempat asal cinta ada satu je.”
Saya percaya, kita jumpa jodoh kita kalau kita mula mencinta dengan mencintai Allah. Saya bukan orang yang paling baik. Saya cuma tukang redha. Tukang berserah. Tukang sujud. Tukang tadah. Dan semua ini paling ketara bila saya paling susah. Saya bukan orang yang paling baik.
Cuma dalam situasi sebegini, saya ambil langkah pertama dengan berhenti berfikir, “Aku nak dia. Aku nak dia. Aku nak dia.” Sebaliknya saya mula berfikir, “Terpulanglah, Allah. Apa saja yang Kau rasa baik untuk aku. Terpulanglah. Buatlah.” Redha dan berserah pada mulut adalah sangat-sangat berbeza dengan redha dan berserah pada hati. Hanya bila ia terjadi pada hati, akan awak tahu bezanya. Percaya cakap saya; sangat-sangat besar bezanya.
Saya percaya jodoh itu misteri. Letaknya di tangan Allah, bukan manusia. Jangan biar manusia lain menetapkan definisi jodoh bagi kita. Jodoh itu bukan mesti jatuh cinta dengan orang bujang. Atau lelaki berkopiah. Atau wanita yang tidak pernah berbuat salah. Menjadi isteri kedua adalah jodoh. Menjadi isteri pada cikgu awak adalah jodoh. Berkahwin dengan office boy tempat awak bekerja adalah jodoh. Berkahwin dengan musuh awak zaman belajar dulu adalah jodoh. Berkahwin dengan janda adalah jodoh. Berkahwin dengan lelaki yang lebih muda adalah jodoh. Berkahwin dengan duda anak tiga juga tetap jodoh. Kerana jodoh itu bubuhnya di tangan Maha Pencipta, jadi ia boleh datang dalam macam-macam rupa.
Kalau kita betul-betul hendak tahu apa akhir cerita cinta kita,
kita kena berbalik pada tempat asal cinta itu.
Dan seperti kawan saya kata,
tempatnya cuma ada satu.
oleh:: WRD
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
nak jugak post entry WRD nih
walaupun da di re-post oleh along eh baca jugak semalam
suka sgt ngn entry nih..sgt !
pernah terfikir pasal nih..??

saya percaya
jodoh
hidup
mati
rezeki
semua tu kerja Dia
kita..??
berdoa..biar yg baik2 saja utk kita...

happy wednesday semua !!!

:) :) :)

11 comments:

Lynda said...
This comment has been removed by the author.
Lynda said...

menarik..nak juga bleh?

sapphire said...

hee...boley saja :)

ajjah said...

owh... this post is deep...

Hazrin said...

awak pernah keeeee macam tu ? ha ha

sapphire said...

haha
sibuk je...
:p

Hazrin said...

tak pernah tak tau rasa macam mana....ha ha

sapphire said...

haha
bila blk raya..?/
*nk jugak tanya kt sini kan*

Hazrin said...

8th, malam ngan member. nak ikut ke ?? heh

sapphire said...

huhu
saya balik 7th, malam..ngn family
nk ikut.. ? :P

Hazrin said...

jom jom. amik kat tol gombakkk. ha ha