Thursday, June 18

day 1


tumblr_nq20ombkMu1rhu2gao1_1280

Salam Ramadhan 2015 semua
dan setahun sudah berlalu (baca balik entry tahun lepas 1, 2, 3)
tahun lepas berpuasa penuh. tahun ni harapnya dapatlah penuh juga
cuma yang mencabar sekali tahun ni ialah production susu
walaupun fatimah dah campur dengan susu formula, harap sangat saya dapat bagi sampai setahun
masa umar dulu susu drop habis-habisan masa bulan puasa
tapi masa tu umar dah setahun setengah
takpe kita teruskan usaha

jadi apa misi bulan Ramadhan kali ni?
yang pertama sekali semestinya nak khatam quran lagi sekali
sambung apa yang tengah dibaca je…hehe (nampak sangat tak istiqomah)
yang keduanya saya rasa nak kurangkan berbuka kat luar
beli makanan kat bazaar pun nak kurangkan juga
maklumlah bila tengah lapar…semua pun nampak sedapkan
jadi semua pun rasa nak beli (dasar tamak haloba)
yang ketiganya misi nak pergi terawih kat masjid nampaknya tak mungkin berjaya
takpe lah…tunggu budak-budak besar lah….



akhir sekali
mohon ampun dan maaf
jika sekiranya saya ada berbuat salah selama ini
sama ada sedar atau dalam kurang sedar hehe
halalkan segalanya
semoga Ramadhan kali ni lebih berkat dan bermanfaat dari sebelum-sebelumnya
ameen

selamat berpuasa
selamat berbuka puasa
selamat berterawih
selamat bersahur

bye!

2 comments:

saye niza said...

selamat berpuasa. niat tu yg penting hihi

dorsett pink said...

selamat berpuasa nilam