ingat lagi tak misi kita untuk bulan Ramadhan yang lepas?
siapa yang igat sila angkat tangan sekarang!! :)
satu-satunya misi saya untuk bulan Ramadhan kali ini ialah untuk khatam Al-Quran
sepanjang hidup tak pernah pun khatam sepanjang bulan puasa
selalunya hanya akan hangat-hangat tahi ayam
bersemangat di awal bulan dan down down down di akhir bulan
kadang-kadang dipertengahan bulan pun dah down down down
malas-cuti la-macam macam alasan
tapi kali
dengan izin Allah
Alhamdulillah
saya berjaya juga akhirnya untuk khatam dalam masa sebulan berpuasa
(tepuk tangan sikit hihi)
tips dia
saya follow apa yang saya dapat setelah google kat internet
iaitu baca 4 mukasurat setiap kali solat 5 waktu
kadang-kadang saya akan baca lebih sikit kalau ada waktu terluang
terutama sekali selepas solat subuh
jadi bilangan mukasurat untuk zohor dan asar akan berkurang sikit
yang mana waktu yang paling sibuk dengan kerja-kerja harian
jadinya kita akan tetap baca 20 mukasurat setiap hari
dan saya khatam betul-betul sehari sebelum raya
:)
awal-awal tu rasa macam berat juga nak baca 4 mukasurat
lama-lama…..eh macam …..dah 4 mukasurat dah??
kadang-kadang rasa macam nak baca 5 hingga 6 mukasurat terus hihi
rasa macam ringan je…..senang je…seronok je :)
apa-apa pun
semoga kerajinan saya membaca Al-quran ni berterusan sampai la bila-bila
sampailah bertemu lagi bulan Ramadhan tahun depan
dan harapnya diterima Allah swt
ameen
tak kiralah ibadat apa pun
harap saya dan kita semua sentiasa istiqomah dalam melakukannya
ada yang se-geng dengan saya yang berjaya khatam tak?
angkat tangan sket!!!
:) :) :)
3 comments:
saya ingat*sambil angkat tangan! heheh alhamdulillah, tahniah nilam! semoga bayi yang dikandung menjadi anak yang soleh/ah :) Zam cuba juga mula2 baca 4 muka surat. x sampai 4 hari puasa, cuti la pulak. lepas dah X cuti, x istiqamah dah ... huhuhuuhuh...
tahun tahun lepas pun camtu jugak. bila cuti je terus jadi malas nak sambung baca.. T_T
kali ni mungkin juga sebab tak cuti..jadi bateri tu full je hihi
tahniah heheheh
Post a Comment