Wednesday, August 6

telur goreng kicap


kadang-kadang
boringkan hari-hari makan ayam je
hari-hari makan kari ikan
daging dan seangkatan dengannya

kalau ikut selera
kalau ada telur goreng dan ikan goreng dan nasi panas-panas
tu dah cukup
kalau selera en.mm plak ada sardin dan terlur goreng pun dah cukup
(tapi takkan tiap hari nak masak sardin kan)
kalau ikut selera mummy plak mesti kena ada kari ikan laa ayam masak pedas laa
semua yang macam berat berat
kadang-kadang sampai tak habis
sebab bagi mummy kalau lauk sardin tu bukan lauk
(haa…macam mana tu)

jadi
kalau time-time mummy balik Trg ke
dan tinggal la saya bertiga je kat rumah
menu breakfast lunch sampai la dinner adalah mengikut selera saya hihi
kadang-kadang kalau en.MM rajin dia yang masak
(tapi nak kena saya teman…tengok dia masak)

jadi antara menu yang mengikut selera saya ialah telur goreng kicap
simple je
makan dengan nasi panas-panas dan ikan goreng
dah …. kenyang sampai ke malam

IMG_4377

Bahan-bahan
4 biji telur (bilangan ikut kesukaan)
bawang putih, bawang merah dikisar halus
bawang besar dimayang
1-2 biji cili padi dimayang halus
2-3 sudu besar kicap manis
sedikit sos tiram
sedikit sos cili
garam dan gula secukupnya

Cara-cara
goreng telur dan letak ketepi
tumis bawang kisar tadi hingga naik bau
masukkan kicap, sos cili dan sos tiram
biarkan sebentar
masukkan cili padi dan bawang besar
boleh masukkan sedikit air supaya sedikit berkuah
perisakan dengan garam dan gula
masukkan telur goreng dan gaul rata
SIAP!!!

senang dan sedap
(bagi saya la hihi sebab telur memang makanan kegemaran..
tapi tak boleh makan banyak sangat lah…kolestrol tinggi)
lelaki bujang yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia masakan bolehlah try
untuk dijadikan lauk buka puasa hari ni pun ok sangat ni :)














nota kecik:
memandangkan tiap hari saya ke library/lab
tiap hari jugaklah saya akan ada masa
untuk update blog
jadi harap tak ada yang boring
dengan peng-update-tan blog saya ini
hihi

4 comments:

cik violet said...

this one is my fav also! :)

sapphire said...

sedap dan simple!
siapa yg tak suka masakan yg simple hihi :)

Anonymous said...

kak nielam .,boleh tanya dimayang tu maksudnye ape? hehe tq

sapphire said...

di mayang tu maksudnya dipotong halus-halus..macam contoh kita masak ayam masak merah last sekali mesti nak letak bawang besar kan? bawang besar tu kita potong halus-halus atau dimayang :)