4.8.14

cerita raya


Assalamualaikum
Selamat Hari Raya
7 Syawal 1435

habis sudah cuti-cuti raya
marilah kita bekerja seperti biasa
menyiapkan kerja-kerja yang tertangguh seminggu yang lepas
meeting dan thesis memanggil-manggil

untuk tidak membuangkan masa lagi
eloklah kiranya kita terus ke bahagian cerita raya kita untuk tahun ni yer :)

Raya pertama

bagi saya ialah paling emosional
semasa sesi bersalam-salaman dengan ahli keluarga mertua
air mata hanya tunggu masa untuk mencurah dengan dasyatnya
hidung dah mula berair
untuk cover line saya cakap saya tengah selsema kikiki

saya tak pasti kenapa
mungkin dengan macam-macam perkara yang beremosi beberapa hari sebelum raya
membuatkan bila teringat keluarga di Trg rasa sebak semacam heee

so raya pertama seharian tidak berada di rumah
seharian beraya di rumah saudara-mara sebelah en.MM di sekitar KL
ok laa..tidak seperti yang saya jangkakan
ini kerana adik-adik ipar dan kakak ipar saya adalah doktor
jadinya mulanya saya bayangkan mereka mesti terpaksa bekerja di hari raya
so macam sy bayang aaaaa mesti tak best ni
tapi….lain jadinya…semua ada…kecuali yg masih HO terpaksa juga bertugas di pagi raya
tapi not bad laa…happy happy dan meriah..
makan pun sedap sedap kikikikiki
walaupun semua rumah hidang lontong dan rendang
tapi itulah makanan yang saya tunggu tunggu especially lontong
sampaikan bila masuk hari ke4 dan macam say nooo to lontong hihi
(saya yg cepat boring) :p

photo19

 
aktiviti wajib di pagi raya sebelum menyerang rumah saudara-mara :)

photo1photo2

 
  Raya kedua

raya kedua ialah raya di Melaka
ramai keluarga arwah ayah mertua dan mak mertua yang masih tinggal di Melaka
jadinya lepas makan pagi tiga kereta bergerak ke Melaka
ingatkan jalan tak jam..tapi hampeh jam…..
sepatutnya perjalanan 2 jam dah jadi nak sampai 3 jam
petang baru sampai Melaka

juadah raya di Melaka masih sama
rendang dan ketupat
dan ada satu rumah kalau tak silap rumah Mak Lang, adik kepada mak
beliau hidang nasi putih dan asam pedas daging tetel
mak aiiihhhhhh sedap sangat sangat hihi
dan ada satu rumah lagi (tak ingat dah nama apa hikss)
dia hidangkan nasi putih dan lauk ulam petai tempoyak kegemaran saya!!!
kalau muka ni sedikit tebal…dah lama saya tambah nasi dua pinggan hihi
tapi kena control ayu sikitlah depan in laws :p
macam biasa bila dah jumpa makanan yg sedap nak pulak tengah lapar
memang camera entah ke mana lah kan…makan lebih penting hihi

photo4 photo5 photo6

Raya ketiga

raya ketiga semua dah start kerja
bukan semua tapi ada yang dah kena kerja
jadinya ada yang dah balik masa raya kedua
saya dan yang lain-lain stay satu malam di rumah kakak ipar di Kampung Bemban
jadi raya ketiga hanya pergi ke rumah saudara terdekat dan juga ke rumah mertua kak ipar
pastu gerak balik semula ke Semenyih
dah nak malam baru sampai Semenyih
jadinya semua pun kepenatan dan tertidur…termasuk saya lah hihi
yang bestnya Umar dah tak takut-takut dah dengan in laws..
dah ok dah…kalau tak asyik nak berkepit je T_T

photo7 photo8photo9

Raya keempat

tak ke mana pun
rehat-rehat kat rumah je

photo10

tak sangka plak tema tahu ni hijau
hashtag teamrayaKL
hashtag teamrayaSouthampton
hasgtag teamrayaPenang
hashtag teamHijau
hihi

Raya kelima
balik ke Shah Alam
dan buat kali pertamanya saya try buat nasi minyak Terengganu
menjadi jugak
en.mm tak habis puji cakap sedap
sampai bertambah berpinggan-pinggan
maknanya sedap betul la tu hihi

dan petang tu en.MM plak tunjuk kepakaran masak rendang
rendang palembang katanya hihi
resepi tiru dari kakak ipar
best jugak
makan plak dengan ketupat daun palas
memang penuh perut hihi
resepi dan gambar saya share lain kali k :)

Raya keenam

beraya di rumah sepupu en.MM di Setia Alam
kat rumah sepupu ni saya rasa makan macam tak ingat dah
laksa johor yang paling best setakat ni
biasanya saya tak berapa minat sangat laksa johor
tapi semalam makan sampai tambah dua pinggan
pengsan!!!
sampaikan dah tak larat nak makan menu lain
yang nampak macam sedap sangat hihi
ish ish ish teruk betul perangai :p

photo12 photo13 photo14

 
ok itu je lah cerita raya saya setakat ni

nanti akan sambung pula dengan cerita raya dengan keluara Trg
raya korang canne??
share nak?
share gambar banyak-banyak jugak
sebab saya suka tengok gambar hihi

ok
selamat bekerja
selamat berpuasa enam
selamat hari raya
maaf zahir batin
:)

No comments: