Wednesday, July 23, 2014

Maggi sup

IMG_5589

pernah tak
dalam banyak banyak benda yang sihat yang boleh di makan
last sekali kita pilih utnuk makan maggi
yang dah sedia ada tahu takdelah sihat sangat
kan? :)

dalam keadaan sekarang
kadang-kadang teringin sangat nak makan maggi
tak nak maggi goreng
tapi maggi sup buatan sendiri

selalunya hanya letak telur sebiji
yang dimasak dengan air yang tak banyak sangat
sedang-sedang..jadinya kuah dia akan jadi pekat pekat gitewww
dan kalau tak nak ada rasa bersalah…tambah la sayur sikit
tomato contohnya hikksss (saja sedapkan hati)

nak kena letak resepi jugak ke ni??

ok
boleh lah

Maggi sup ala Puan Nilam

Bahan-bahan
1 bungkus maggi
1-2 sudu besar bawang kisar
1 biji cili padi (dimayang halus)
1 biji tomato
1 biji telur
minyak untuk menumis
air secukupnya

Cara-cara
tumis bawang hingga wangi
masukkan perencah dan biarkan sebentar
masukkan air dan biar sehingga menggelegak
masukkan telur putih (telur kuning dimasukkan kemudian untuk elak pecah)
masukkan mee dan gaul gaul
masukkan cili padi dan tomato
last sekali baru masukkan telur kuning dan biarkan seketika
siap!!

korang plak masak maggi canne ek?
jom share nak?

1 comment:

izyclover said...

oooo! tak pernah terpikir nak letak kuning telur last