Tuesday, July 22

sistem baru


berapa hari lagi tinggal untuk raya
baju raya dah siap
biskut raya dah beli
kasut raya tak payah beli
sampul raya dan duit raya dah tersedia
langsir sofa meja makan raya??

kalau tinggal dirumah sendiri
(InsyaAllah tahun depan)
banyak benda juga nak kena beli rasanya
balang kuih raya
pinggan untuk tetamu beraya
gelas cawan raya
hihi

nak beli sekali harung dalam masa satu bulan
mau bankrap hihi
lebih kita beli sikit-sikit dari awal tahun
time ada mega sale ke
sogo sale ke
ikea sale ke
tak payah nak beli yang mahal sangat
bagi saya asal cantik dah ok dah…awalau takde brand hiksss
(betul tak?)

tahun ni beraya kat mana?
kebanyakkan kawan-kawan dan saudara-mara akan bali ke kampung start hari JUmaat ni
bestnya
saya tahun ni beraya dekat je…dekat Semenyih je
mungkin hari Ahad baru balik
dan ini kali pertamalah kiranya saya tak beraya disamping keluarga di Terengganu
maklum lah en.MM dah mulakan sistem baru
sistem satu tahun satu kampung
takpelah …. atleast boleh kenal kenal dengan saudara mara en.MM yang sebelum ni susah nak jumpa :)

so
apa iklan raya paling best tahun ni?
bagi saya yang ni laaa…



apa iktibar yang boleh kita ambil dari iklan ni??
sama-samalah tepuk dada tanya selera
tak payah lah nak taksub sangat dengan handphone tu k
raya pun setahun sekali je

ok?

nota kecik: tak faham dengan orang yang boleh ngadap handphone
pagi petang siang malam
isk isk isk
kronik sangat dah ni

No comments: