Monday, July 21, 2014

Nasi ayam Mummy

 

Alhamdulillah
dah masuk minggu akhir bulan Ramadhan
sekejap je dah nak raya dah
7 hari lagi

tapi dalam semua bergembira nak raya ni
kita satu Malaysia bahkan satu dunia dikejutkan dengan berita MH17 yang ditembak jatuh di sempadan Ukerine
(saya lebih suka menggunakan perkataan ditembak daripada terhempas)
(memanglah terhempas tapi bukan macam terhempas macam MH370)
(apa-apa lah)
begitu juga dengan berita Gaza yang masih lagi diserang oleh tentera israel yang tidak berhati perut itu
(benci betul bila tengok update pasal gaza. israel ni tak habis-habis nak berdendam lagi ke haihh)

tapi percayalah satu hari nanti
(hanya Allah swt yang tahu bila)
kejayaan pasti berpihak kepada Islam
sama ada lambat atau cepat
pasti ada sebab Allah buat macam tu
kita sebagai saudara seIslam sama-sama berdoa
agar mereka sentiasa dilindungi

------------------------------------------------------------------

hari ni saya nak share resepi Nasi Ayam terhebakk abad ini hihi
Nasi Ayam Hainan atau Chinese Chicken Rice
resepi ni saya dapat daripada mummy dan mummy dapat daripada kawan-kawan chinese kat Trg dulu

ok
kita terus ke bahan-bahan k

Bahan-bahan
untuk air rebusan ayam
- seekor ayam
- 3 labu bawang putih dikisar
- seinci halia dikisar

Processed with VSCOcam with f2 preset

untuk nasi
- 4 cawan beras
- 4 cawan air rebusan ayam + 1 cawan air
- 1 helas daun pandan (disimpul)
- 2 hiris halia
- 3 sudu besar bawang putih yang dikisar
- minyak masak dan sedikit majerin
- garam secukup rasa

untuk ayam goreng dan sos kicap
- ayam yang direbus utnuk membuat air rebusan tadi
- 2 hingga 3 sudu besar kicap manis
- minyak masak
- air rebusan ayam

untuk lada
- 5 hingga 8 biji cili padi
- 2 biji cili hidup
- 2 –3 sudu besar air rebusan ayam
- 2 biji limau nipis
- 1 biji tomato (tak nak letak pun takpe)
- 1 sudu besar cuka
- garam dan gula secukup rasa

sup
- beberapa potongan kecil ayam
- potong ubi kentang/carrot/batang saderi dalam bentuk kube
- sup bunjut
- minyak masak
- garam gula secukup rasa


Cara-cara membuatnya

Air rebusan ayam
- ayam dipotong kepada beberapa bahagian (ikut kesukaan)
- kisar bawang putih dan halia dan lumurkan pada ayam
- kukus sehingga ayam masak
- asingkan air rebusan ayam yang terhasil dalam satu bekas
(air rebusan ni akan diguna untuk nasi, sos kicap, sos lada)

Nasi
- panaskan sedikit minyak dengan sedikit majerin
- tumis bawang putih dan halis yang telah dikisar sehingga wangi
- masukkan daun pandan
- masukkan beras dan biarkan sebentar
- masukkan air rebusan ayam+air
- perisakan dengan garam dan gula secukup rasa
- masak dalam rice cooker hingga masak

Ayam goreng dan sos kicap
- ayam yang telah direbus tadi dilumurkan dengan kicap manis
(ini akan menghasilkan air kicap)
- goreng ayam sehingga bahagian luar garing
- asingkan air kicap tadi dan campurkan dengan sedikit air rebusan ayam
- masak seketika di atas dapur dan siap
(boleh dicurah terus atas ayam atau dihidang asing ketika makan nanti)

IMG_4293

Sos lada
- kisar cili padi, cili hidup, tomato dengan cuka, air rebusan ayam
- masak seketika dan perahkan air limau nipis dan perisakan dengan garam dan gula

Sup
- tumis bawang putih dan halis hingga wangi
- masukkan potongan kecil ayam
- masukkan air dan sup bunjut
- biarkan sehingga hampir menggelegak masukkan potato/carrot/batang saderi
- perisakan dengan garam dan gula


-------------------------------------------------------------------------------------

fuuuhhhhh
panjang lebar resepi kita kali ni hihi
tips untuk masak nasi ayam yang sedap atau ala ala hainan chicken rice
bawang merah atau bawang besar adalah dilarang sama sekali
hanya boleh guna bawang putih dan halia sahaja
(memang lah bawang merah tu best..
tapi kalau nak masak nasi ayam ala melayu boleh la guna bawang merah)
satu lagi tips
untuk dapatkan air rebusan ayam yang pekat dan penuh berperisa
ayam tu hendaklah dikukus bukan direbus
sebab kalau direbus rasa ayam tu kurang sikit sebab dah bercampur dengan air

lagi apa lagi??? hihi :)
penat dah ni menaip heee

selepas hampir sejam lebih berperang di dapur
semata untuk sepinggan nasi ayam
inilah hasilnya

IMG_4303

nampak sedap tak
nampak ada kemungkinan akan tambah nasi 3 pinggan tak
nampak tak nampak tak??

hihi

selamat mencuba semua!!

2 comments:

k said...

Nampak!!! Kebetulan sangat2, saya pun baru selesai masak nasi ayam untuk berbuka! Tapi nasi ayam melayu sebab guna bawang merah. Nasi ayam perantauan ... huhuhuh... Selamat menyambut hari2 terakhir ramadhan dan aidilfitri yang bakal tiba :)

sapphire said...

hihi...
nasi ayam melayu sedap jugak sebenarnya...takde beza mana pun...

selamat berpuasa juga..dah nak raya dah...selamat berhari raya diperantauan :)