17.7.14

Melbourne: Brighton Beach

siapa yang follow drama Kusinero Cinta malam-malam kat Astro?
saya!! saya!! saya!!

kebanyakkan lokasi pengambaran drama ni dijalankan di Melbourne
saja je buat saya teringat balik cuti-cuti saya bertiga di Melbourne bulan 2 lepas
kalau tak silap elok je saya balik tizz zaqiyah ke sana untuk pengambaran
(saya follow IG dia jadi….tahu lah hihi)

jadi hari ni saya nak cerita pasal perjalanan saya ke Brighton Beach
yang banyak rumah-rumah kecik yang comel di tepi pantai tu

sebenarnya rumah-rumah kecik tu dulunya adalah bathing boxes
yang mana dulunya letaknya di gigi-gigi air pantai
tapi sekarang disebabkan air makin surut atau hakisan atau bla bla bla
bathing boxes ni semakin menjauh dari pantai (tak la jauh mana pun)
dan kalau tak silap setiap bathing boxes ni ada tuannya

Brighton Beach ni sebenarnya panjang sangat
dan untuk sampai ke bathing boxes yang comel ni kita kena berjalan sikit lah dari train station
dan namanya letaknya bathing boxes ni ialah Dendy Street Beach

saya hari tu naik train dari Flinder Street Station
dan ambil platform 8 dan stop di Brighton Beach Station lah
senang kan :)

IMG_3668 IMG_3669 IMG_3672 IMG_3676

ok.
bila dah sampai di Brighton Beach Station ni
jalan sikit untuk sampai ke pantai
memang sepanjang perjalanan adalah pantai
tapi untuk ke tempat yg banyak rumah kecik tu jalan lah sampai penat kaki hihi
sebelah kanan akan nampak rumah-rumah besar yang cantik dan mewah
dan kebanyakkan mereka kat sini berbasikal untuk ke pantai ni
sebab macam……..macam jauh juga kalau nak berjalan kaki
tapi disebabkan udara tak panas, sejuk berangin je…jadi tak penat sangat lah

IMG_3677 IMG_3681 IMG_3682 IMG_3693

cantikkan??
rasa macam nak pergi lagi dan lagi dan lagi
waktu saya ke sana tu dah petang dah sebenarnya
dah nak malam dah
tapi ramainya manusia hihi nak bergambar di satu-satu bathing boxes tu pun susah :p
satu lagi sebab tengah summer jadi siangnya panjang
dan pukul 8 pun macam pukul 5 lagi
air dia pun sejuk je haihhhhh best betul rendam kaki

IMG_3694 Processed with VSCOcam with g3 preset  Processed with VSCOcam with g3 preset IMG_3723 Processed with VSCOcam with g3 preset
IMG_3713
IMG_3699
IMG_3697

Umar lah yang paling happy
sebab dengan bebasnya dapat bermain pasir dan air pantai yang sejuk
kalau boleh tak nak balik hihi
mummy pun macam tak nak balik umar :p

ok
tu je cerita Melbourne untuk kali ni
lepas ni nak cerita pasal apa pun tak tahu lagi
kena asah ingatan balik
banyak dah lupa hiksss

No comments: