17.6.15

makan garam

IMG_0075[1]

semalam saya ada terbaca satu luahan perasaan dalam satu gambar ni di FB
sebab ramai yang yang share jadi saya pun macam apa benda yang kesian sangat ni
jadi bacalah satu satu sampai habis
baca sekali komen-komen kat bawah
hmmm…….kesian jugaklah….

memang dalam dunia ni memang ada sejenis manusia macam tu
semua benda kita buat tak betul
bagi susu macam ni salah macam tu pun salah…cara dia je betul
dukung macam ni tak boleh…macam tu baru boleh….

masa saya dalam pantang beranakkan Umar, saya dah lalui semua benda ni
dah habis pantang pun ada lagi mereka-mereka macam ni
serious….
masa Umar, saya ditakdirkan czer…bukan saya nak…menangis-nangis saya bila doktor cakap kena bedah
menangis macam budak kecik pulak tu
sebabnya air ketuban dah kering….dan tali pusat dah melilit leher Umar
jadi untuk selamat…kita bedah je
Alhamdulillah selepas sejam…keluar dari bilik bedah…

saya dah merasa beranak normal dan czer
dua-dua pun sakit…
kalau normal sebelum beranak sakit gila teramat sampai nak duduk pun tak boleh
kalau czer sakitnya lepas beranak … nak bergerak sikit pun tak mampu…
jadinya mana-mana pun asalkan mak dan anak sihat dan selamat
janganlah pulak bila kita kena czer kau banding-bandingkan dengan mereka yang dapat normal
kononnya yang kena czer ni tak banyak buat kerja rumahlah… (entah apa kaitan pun saya tak tahu)
yang czer ni tak kuat lah…
saya dah lalui semua tu….tapi tutup telinga je lahkan
kalau tak…tak pasal-pasal meroyan pulak tak ke susah

sepatutnya bila kita dalam pantang
orang sekeliling memang kena pandai main peranan
mak ayah adik kakak suami mak mertua ayah mertua kakak ipar abang ipar nenek mak sedara pak sedara
semuanya lah…..terutamanya yang first time jadi mak
stress tau bila semua benda kita buat salah…kita dah lah first timer…tak tahu apa-apa
tolonglah bagi sokongan…jangan nak komen je
heheheh

untuk ibu ibu
oh ye kepada mereka yang whatsapp saya yang tanya tips sebelum dan selepas beranak tu
kuatkan semangat
stress tu memang stress…sangat!
tapi biarkan ia masuk telingan kanan keluar telinga kiri
jangan emosi sangat…jangan ambil hati sangat
orang-orang tua ni biasalahkan…terlebih makan garam hehehe
kita dah buat sehabis baik dah….
yang penting jaga baby baik-baik…dia pun perlukan sokongan kita


dan
jumaat lepas
cousin saya dah selamat melahirkan baby girl yang kedua yang comel
muka …. saya rasa sebijik macam kakaknya…
alahai…..bestnya bau baby baru lahir…
rasa macam nak baby lagi je….eh….HABISKAN STUDY DULU CIK NILAM OIIII!!!

nah belanja gambar baby girl tadi
IMG_0022[1]

terasa macam mokcik-mokcik sangat tulis blog macam ni hehe
bye!

No comments: