8.5.13

Asakusa

mari kita menyambung kembali perjalanan kita
di negara matahri terbit
di negara nobita dan doraemon

saya tak pasti hari ke berapa kami di sana
tapi mengikut plan, hari tu kami plan ke tiga buah tempat dalam satu hari
Harajuku, Tokyo Camii dan Asakusa
mengikut apa yang di study, ke tiga-tiga tempat ni terletak dalam satu arah
(yeke? betulkan saya kalau silap)
walau pun dalam satu arah, dari satu tempat ke tempat lain agak mencabar kaki jugak lah
mencabar tapi sangat best. :)

Asakusa tempat di mana boleh dapat cenderahati
banyak gerai kecik-kecik yang jual macam-macam cenderahati yang comel
kalau nak beli kimono pun boleh kat sini
saya hari tu tak beli kimono sebab dah ada dua kat rumah :)

untuk ke Asakusa
boleh berhenti di Asakusa Station samada dengan menggunakan Ginza Subway Line, Asakusa Subway Line atau Tobu Railways.
saya tak ingat dah saya guna train yang mana satu
tapi jangan risau. darii Tokyo Camii amik masa tak lama pun untuk sampai
cuma, disebabkan banyak jenis train yang ada
kena ingatlah apa-apa land mark supaya tak tersalah train nak balik nanti
kami hari tu hampir nak naik train yang salah dah
jadi....hati-hati ye hihi :)

dari train station
perlu jalan sikit lah..macam biasa
dan akan melalui kedai-kedai sushi yang sungguh mengundang keteliuran hihi
dari jauh dah boleh nampak Sensoji Temple dan Tokyo Sky Tree




 dari sini kita boleh nampak Tokyo Sky Tree
tapi disebabkan sampai sana dah macam nak malam
dan kat Jepun kedai tutup awal
so we decided to come back again (don't know when) to visit tokyo sky tree

 the famous Sensoji Temple
lepas je pintu gerbang ni
akan ada gerai-gerai kecik yang saya cakap tadi


yes
kami sampai sana dah lewat
dan...En.MM sangat frust sebab tak dapat merasa makan tempura yang paling famous di Asakusa
kedai ni namanya Tempura Daikokuya
dari Sensoji Temple akan ada 4 simpang
dan saya tak ingat dah simpang yang mana
tapi kedai ni seingat saya sederet dengan deret2 kedai makan yang lain jugak
ye kot. huhu. kalau nak tahu lebih boleh ke website dia lah eh hihi

untuk mengubati hati
kami makan je kat satu kedai tempura berdekatan yang best jugak
tempura besar dan rangup dan....haihhh nak makan kat sana lagi... :)

****

bagi saya yang suka berjalan slow slow dan tak rushing
lebih baiklah satu tempat satu hari
kahkahkahkah
habis tu berapa minggu nak kena duk kat sana???
tapi macam tu lah
especially kalau bawak baby

1 comment:

shidah said...

seronok kan berjalan tambah ilmu dan pengalaman.

visit my blog skali ye :)

http://www.rashidahjuhari.com