16.4.13

Harajuku



Harajuku
tempat di mana kita boleh tengok macam-macam pesen orang Jepun ber-fashion
dari kartun komik sampai laa ke ntah karakter apa pun saya tak pasti 
(nanti saya kaji hiks)

tapi entah kenapa
time saya pergi ni orang-orang yang gila fashion ni macam tak ada la pulak
kuciwa betul rasa hati ini
sebab hajat di hati nak jugaklah tengok keanehan dan kegilaan diorang tu
takde jodoh -_-"

untuk ke sini
saya datang daripada Shinjuku terus naik train (Yamanote Line) dan stop dekat Station Harajuku
senang kan... so tak mungkin korang boleh sesat atau tersalah train
sebab direction semua macam agak menyenangkan 
(lepas beberapa hari baru rasa senang...hihi...en.mm dah super expert dari awal lagi)

apa yang best masa lawatan sambil ambil gambar kat Harajuku ni
banyak sangat kedai comel-comel
kedai baju, kedai bag, kedai cenderahati, kedai macam-macam lah
Daiso pun ada..siap satu bangunan dua tingkat lagi
puas hati nak shopping barang 5 hengget hihi



apa yang saya rindu tentang Jepun ialah
kadar kelajuan diorang ni berjalan
ibaratnya macam ..... macam apa eh?
tapi walaupun berjalan laju, high heels tetap tak tinggal
kalau saya jalan macam berlari-lari anak dengan high heels
memang boleh pengsan jugak la




elok je sampai Harajuku
Umar pun tidur dalam 'kantung' sambil dipeluk Aboh
nyenyak plak Umar tidur dalam tu 
Allhamdulillah...Umar good boy..sepanjang berada kat Jepun :)

bagi yang ber-uwang
ada satu deret butik butik barangan berjenama di Harajuku ni
banyak.... 
tapi saya tengok je la hihi
saya ber-uwang jugak tapi bila fikir--fikir balik baik kita guna utk benda lain
lain la kalau uwang tu tak habis-habis :)


 untuk makan plak
ada banyak gerai kecik-kecik yang jual crepe
sedap! beli jugak lah satu untuk rasa
selain crepe ada gerai kebab yang halal ada jual
tapi kalau bawak bekal lagiiiiiii bagus (bagi yang pergi sendiri macam saya lah)
kalau yang pergi dengan agent tak perlu risau sangat pasal makanan
sebab mesti dibawa ke tempat makan

sempat jugak saya merasa the famous crepe in town ni hihi
sedap jugak laa
melimpah ruah dnegan buah buahan
tak ingat dah berapa yen satu



dan

kalau jalan-jalan sikit akan jumpa satu kedai kebab yang halal
sederet dengan boutique H&M, tepi jalan
kalau dari deretan kedai-kedai comel tadi..termasuk daiso tadi tu..
jalan je terus sampai hujung..pastu ke kanan
(amboi boleh ingat lagi tu hihi)
nama dia Kebab Box..macam famous jugak la Kebab Box
barisan yang beratur nak beli pun tak kurang panjangnya
tapi...masa tu kitorng macam tak rasa nak makan
(campur dengan barisan yg panjang..lagila kan)
takpe..en.mm cakap next time kita datang sini..wajib rasa Kebab Box ni


so...tu je lah
lepas ni kita pergi melawat Tokyo Mosque k

bye
:)




3 comments:

Huda@Hood said...

Sentiasa seronok dengan post Jepun!

Teruskan!

Teruskan!


Hihi!

sapphire said...

hiihi
thank you!! :)

mama ila said...

cantik kan tempat2 kat sana..saya masih belum sampai sana lagi..hehehe..