Sunday, April 21

Tokyo Camii

mula-mula sekali
terima kasih kepada Huda
paling kurang saya tahu, masih ada yang sudi baca belog saya yang serba kekurangan ni :)

ok
selamat pagi semua
hari entah kenapa internet di opis macam sedikit baik
sebab membenarkan saya buka blog ;)
dan saya sampai hari sedikit awal
walaupun jalan macam biasa jam amat
sampai tersengguk sengguk saya dalam kereta
pasang lagu Bruno Mars pun tak berkesan langsung

dalam episod lepas
saya cerita pasal Harajuku kan
so hari ni nak cerita perjalanan saya bertiga ke Tokyo Camii
atau Tokyo Mosque atau
selepas berjalan-jalan di Harajuku
kami amik Odakyu Line dan turun di Yoyogi Uehara station untuk ke Tokyo Camii ni
macam biasa kita kena jalan sikit lah untuk sampai ke masjid ni
bukanlah jalan sikit ..jauh sikit jugak lah hihi
tapi tak kisah sebab boleh tengok dan amik gambar kawasan sekeliling :)

dari train station kita akan melalui lorong macam gambar kat atas ni
sebelah kanan ada kedai dan rumah rumah kecil yang nampak macam praktikalnya
dan di hujung jalan sana, belok ke kiri dan terus je sampai la jumpa traffic light (4 junction)
macam gambar kat bawah ni
pastu lintas ke depan dan amik kanan
dan jalan terus dan masjid ni di sebelah kiri :)
(cukup lengkap tak penerangan?? hihi)


 nampak tak perempuan yang pakai baju merah yang menunggu untuk melintas jalan tu?
(kenapa pulaklaa gambar blur semacam ni??
ok. perempuan tu jalan laju betul. (standard jepun la kan). mula-mula tak jauh di depan
sekali pandang lagi eh dah nak sampai masjid dah
perempuan ni tadi, rupanya Japanese yang masuk Islam
selepas berkahwin dengan orang Turki
dan dia akan ke Tokyo Camii 5 kali sehari untuk solat jemaah kat sini
bagus kan? :)

 lorong-lorong kecil sepanjang perjalanan dari traffic light ke masjid


Akhirnya sampai jugak...Alhamdulillah
dengan kadar kepenatan per hari per jumlah kilometer per entah apa-apa lagi
jarak yang sebenarnya tak la juah sangat dari train station tadi..dah jadi macam sangat jauh hihi

masjid ni sebenarnya dibina oleh orang turki
jadinya yang menjaga menyelenggara masjid ni pun orang turki
dan rekabentuk pun macam masjid kat turki kan?

saya tak sempat nak ambil gambar hiasan dalam masjid ni
sebab?busy jaga umar huhu
dan kitorg singgah lama jugak la kat masjid ni..
sebab? nak hilangkan penat sebelum ke destinasi seterusnya lepas ni
tapi hiasan dalamannya cantik sangat
tempat solat untuk perempuan di tingkat dua
jadi kena naik tangga. buka kasut. dan jalan la korang atas lantai marmar yang sejuk tu huuu
pastu bila dah naik tingkat dua tu. 
naik lagi menggunakan tangga kecik dan berpintal pintal macam dna tu
memang keadaan saya masa tu
dengan umar nya. dengan bag umar nya. memang boleh pengsan 1 minit gak r huhu

masa saya nak solat tu, 
ada beberapa orang arab dan perempuan yg baju merah tadi pun tgh solat jemaah
rasa maca..........kat tengah tengah bandar yg serba maju dan majoriti bukan agama islam ni
ada jugak masjid yang tersergam indah ni :)

bila dah macam penat dah kurang sikit
kami pun balik dan gerak la ke destinasi seterusnya..iaitu Asakusa
nantilah cerita hihi

sampai sini sahaja
nanti kalau ada yang nak pergi Tokyo,
jangan lupa singgah masjid ni tau :)
bye!


*********

sebenarnya
entry ni dah dikarang beberapa hari yang lepas
dah syok mengarang ayat
bila nak upload gambar jadi macam blur semacam
geram betul
rupanya opis dah blok blog pulak
kejap blok kejap tak blok
saja je nak suruh saya jadi pekerja ter-paling rajin kan 
makanya, hari ni baru berkesempatan sambung mengarang ayat
dan skang saya kat Terengganu
nanti saya karang ayat pasal Terengganu plak k :)

ok
selamat tidur semua
mimpi manis
Assalamualaikum 
:)


1 comment:

Asma said...

Salam, keep on writing and sharing information :) saya baca