Thursday, April 25

balik kampung routine




selalunya
kalau saya balik kampung, Terengganu
ada beberapa benda yang wajib buat
tapi kadang-kadang balik weekend je
contoh gerak dari KL jumaat malam
sampai dah sabtu pagi
ahad pagi dah nak gerak balik KL balik semula
jadinya.....mana la nak sempat nak round round

minggu lepas
sempena penamaan calon yang akan bertanding untuk PRU13
saya balik Trg kejap
dengan hajat di hati nak ambil gambar calon-calon yang bertanding
yang berarak dari mana ntah
tapi....pagi tu terbangun lewat la pulak........tak jadi

ambil gambar tu tak laa penting sangat
ada banyak lagi benda yang lagi penting
dan saya namakan sebagai the balik kampung routine :)


The balik kampung routine: 1) makan ikang celup tepung dan jagung parut di Pantai Teluk Ketapak

The balik kampung routine: 2) beli barang yang sama yang dijual kat KL tapi dengan harga yang lebih murah. selimut Umar tu saya beli rm50 je. kat KL hari tu sangat tengok sampai rm100 lebih. 

The balik kampung routine: 3) mencari khazanah lama untuk tatapan anak-anak dan cucu-cucu.
The bali kampung routine: 4) Makang nasik daganga r sepinggan. 
The balik kampung routine: 5) yang ni saya dah mengidam sejak mengandungkan umar lagi. tapi tiap kali mesti dah habis.
harga dan rasa tetap sama macam dulu-dulu. yumssss!


ada banyak lagi routine yang selalu buat
tiap kali balik kampung
tapi disebabkan pukul 11 malam
mata pun dah kuyu
saya tidur dulu eh

byre

No comments: