Saturday, April 27

bruschetta


dah lama sebenarnya nak try buat bruschetta ni
sejak tgk dalam movie Julie & Julia laa
lepas tgk Julie & Julia baru tahu kewujudan makanan yang simple dan macam sedap tu :)

siapa yang tak tahu apa itu bruschetta ni boleh la buka wikipedia sekarang
saya pun baru nak search ni hihi
jadi rupanya ada banyak cara kita boleh gayakan bruschetta ni..ooo...
boleh tambah cheese , daun basil, kacang dan suka hati lah
tapi paling biasanya orang buat cuma tomato, bawang putih, olive oil, garam dan black pepper
kat google pun ada macam-macam cara yang korang boleh cuba
ikut kesukaan hati dan sanubarilah hihi

lepas kaji punya kaji
saya rasa saya nak buat bruschetta ni simple simple je
simple dnegan maknanya dengan bahan apa yang ada kat rumah je


so resepi Bruschetta ala Cik Sapphire adalah seperti berikut (ecehsss)


Bahan-bahan
1 batang roti baguette (dipotong serong-serong)
beberapa biji tomato (ikut berapa byk nak makan)
2-3 sudu olive oil
1 ulas bawang putih (dicincang halus)
garam dan lada hitam secukup rasa

Cara-cara
gaulkan tomato, olive oil, bawang putih, garam dan lada hitam
perapkan seketika
sambil-sambil tu boleh lah bakar roti tadi dengan sapuan olive oil
bakar sampai agak-agak garing
kemudian, sapukan bahan perap tadi atas roti
dan siap!!! :)
mudah yang amat...budak upsr pun boleh buat ni hihi

dan rupanya....


sedap baq hang!
:)

No comments: