Wednesday, April 10

Shinjuku Love Sculpture

dulu masa kecik kecik
siapa yang pernah tengok Great Teacher Onizuka? GTO?
mesti ramai yang pernah kan
saya pun!!!!
dan en.mm pun!!!!

dan disebabkan teringin sangat nak pergi dekat love sculpture tu
maka ke sanalah kami bertiga hihi

pagi tu
macam biasa dalam pukul 7.15 pagi dah gerak dari hotel
(pukul 5 pagi dah cerah dah)
naik bus ke Hamamatsucho Terminal Bus
kemudian untuk ke Shinjuku kita amiklah train ke Shinjuku Station
boleh ambil JR Line atau Tokyo Metro
saya ambil JR Line dari Hamamatsucho Station
dari Shinjuku Station tu berjalan kaki lah kami bertiga ke Love Sculpture tu
jauh jugak lah...sejuk lagi...kaki yang penat hasil dari berjalan2 yg semalam2 lagi
tapi dikuatkan juga demi hasrat di hati ececece... :)

Shinjuku ni macam kawasan yang ada macam-macam
shopping mall, university, bangunan kerajaan pun ada
semua berkumpul kat sini
waktu tu macam tak busy lagi
sebab mungkin awal lagi kot
jalan pun tak busy
dengan angin sejuk sepoi sepoi bahasa
nyaman terus :)

Tokyo Metropolitan Government Building
masa dalam perjalanan ke Shinjuku tu,kami singgah kejap ke cafe yang comel ni breakfast
pekerja yang comel dan cakap pun lembuuuuuutt je. tambah2 comel jadinya hihi

pertama kali jumpa traffic light bulat macam ni. sangat Jepun.





2 comments:

chumut said...

assalamualaikum,
i love the first picture so so much. :DDD

love,
chumut

sapphire said...

thank you chumut :)