Thursday, May 16, 2013

hari guru

hari guru
kalau kat sekolah dulu
apa yang best selain boleh tengok kawan-kawan buat persembahan
kita dapat hadiah jugak yang dipanggil ‘request’
bukan hadiah sangat la
cuma chocolate atau bunga atau kadang-kadang dapat apple
beserta dengan kad yang tulis nama si pengirim rahasia hihi
bajet secret admirer la tu :)

sekarang saya sendiri jadi cikgu
tapi tak dipanggil cikgu la
cuma fungsinya tetap sama
mengajar..memberi ilmu kepada anak bangsa
ecehsss

sempena hari yang istimewa ni
saya nak ucapkan selamatlah buat cikgu-cikgu diseluruh dunia
yang pernah mengajar saya secara langsung mahupun tak langsung
jasa kalian amatlah saya hargai sampai bila-bila :)

pada suatu hari yang lain
iaitu 13 mei yang lepas
saya dan students dah ke Tapak Perlupusan Sisa Pepejal, Bukit Tagar
ini kali pertama saya ke tapak perlupusan sampah
dah sampai ke pagar dah boleh bau semerbak…harum sungguh…

just nak share beberapa gambar lah eh
dari gambar ni korang semua dah boleh tahu
proses-proses yang terlibat :)

Jom masuk kelas Solid Waste Management!

IMG_1626Tapak perlupusan sisa pepejal Bukit Tagar menerima sisa pepejal daripada Selangor dan Kuala Lumpur setiap hari.
IMG_1632beberapa  jenis liner yang digunakan untuk menutup lapisan sisa pepejal yang telah dimampatkan di tapak perlupusan bagi mengelakkan leachate (air sampah) mencemarkan air bawah tanah
IMG_1645IMG_1680proses-proses perlupusan sampah IMG_1724Kolam rawatan leachate IMG_1725 Phragmites yang digunakan sebagai penyerap bahan-bahan pencemar yang masih ada di dalam leachate sebelum digunakan sebagai air siraman pokok

apa yang saya boleh disimpulkan di sini ialah
waste is money! :)
syarikat yang menguruskan sisa pepejal di Bukit Tagar ni mendapat keuntungan sehingga berjuta-juta ringgit setahun
itu baru untuk dalam Malaysia, belum lagi cawangan di China, Arab, India dan Philipine lagi
memang boleh buat duit betul :)

---------------------------------------------------
sebelum tutup tirai
en.mm cakap saya tulis blog macam huru-hara
macam cepat-cepat nak pergi mana ntah hihi
betul ke wahai pembaca-pembaca kesayangan saya sekalian? :)

No comments: