Friday, September 21

roti jala

petang semalam
boss saya ada bercakap pasal roti jala
katanya nak bawa ke office hari ni
dalam hati saya...aaaaa....sedapnya...
best ni kalau makan dengan kari ayam atau daging :)

tapi..
hari ni datang tak jadi pulak..hukhuk
ye la...berapa lama nak menjala
kalau satu office ada 12 orang..
seorang makan mau 10 keping..(saya la tu)
habis..kalau 12 orang..?mau satu malam nak menjala..
tak apa .... lain kali... :)

roti jala salah satu makanan kegemaran en.mm
bila dah jadi kegemaran dia...kenalah belajar buat
dan lepas je pantang hari tu
saya try buat...
ingatkan susah...rupanya...senang saja nak buat kerja-kerja menjala ni hihi



resepi macam biasa saya ambil dari blog hana's family
(antara blog resepi yang boleh dipercayai) :)

Bahan-bahan
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air@ susu segar@santan cair
  • 1 biji telur
  • 1 sk garam
  • pewarna kuning
Cara-cara
  • Blend semua bahan sebati. Pastikan tiada tepung yang berketul2 yang boleh membuatkan acuan tersumbat.
  • Panaskan kuali dan lengserkan sedikit minyak.
  • Cedukkan adunan dan masukkan ke dalam acuan dan tebarkan di atas kuali.
  • Biarkan seminit hingga roti jala masak. Angkat dan lipat@gulung ikut suka.
untuk kari ayam boleh follow resepi saya ni..

selamat mencuba! :)

No comments: