Wednesday, September 19

love pancake


menikmati sarapan pagi terakhir
sebelum kembali kerja esok hari
aaaa...kalau lah boleh sambung cuti lagi dua hari
khamis dan jumaat...terus sabtu dan ahad
hari isnin baru start kerja :)

resepi untuk love pancake ni
saya follow resepi hana's family
senang saja...
love shape tu saya beli di daiso...
cuma perkara paling penting yang perlu ada ialah non stick pan
kalau tak entah jadi bentuk apa pun tak tahu lah :)

jadi ini dia resepinya:

Bahan-bahan
  • 150g tepung naik sendiri
  • 100ml buttermilk @ susu segar
  • 1/2 sk baking powder
  • 1 biji telur size M
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar butter cair
  • secubit garam
Cara-cara
  • Campurkan semua bahan sebati. Kacau menggunakan hand whisk.
  • Biarkan sebentar lebih kurang 10-15min.
  • Panaskan kuali. Lengserkan acuan love dengan butter, letak di atas kuali. Biarkan panas sebentar.
  • Tuang adunan ke dalam acuan. Isi 3/4 penuh. Jangan penuh2 sbb pancake akan kembang dan melimpah. Biarkan masak seketika. Kemudian angkat acuan, jika melekat tepi, kikiskan menggunakan pisau.Berhati2 untuk mendapat shape yang cantik.Kemudian balikkan.
  • Bila dah masak angkat dan hidangkan dengan madu, butter atau jem pilihan.
selamat mencuba :)

No comments: