13.9.12

bertiga

tak pernah saya tinggalkan blog ni selama ini..
ish ish..
bulan 8 tak ada entry langsung..?? ish ish..
kasihan cik blog kita ni
kasihan juga pelawat yang datang dengan harapan nak baca
tapi hampeh tak ada apa..
*ada ke yg datang nak baca..?* :)

sebenarnya
sejak jadi mak mak ni
jarang dah nak buka laptop
nak update tru iphone macam tak best
leceh pun ada
jadinya...blog terbiar berlalang bersawang berdebu macam rumah tinggal

hari on laptop pun sebab boss mintak emailkan something
kalau tak...tunggu saya start kerja baru la boleh update hihi :)
dan sebenarnya masih cuba nak sesuaikan diri dan masa dengan title baru ni
iaitu mummy kepada umar nashriq
rasa macam 24 jam tu tak cukup je
nasib baik la tinggal dengan mummy
kalau sendiri sendiri mau tunggang langgang semuanya

ok lah
tak boleh lama-lama
encik umar kita dah buat bunyi-bunyi macam nak nangis tu
nanti ada masa saya update lagi ok