Tuesday, June 13, 2017

pengakhiran

masa tu bulan puasa tahun 2010
sehari sebelum raya..hari Jumaat...saya dan family tengah sibuk siapkan tempahan kek lapis asam manis
bergilir-gilir susun asam manis dan keluarkan kek dari oven untuk dilapis
mummy sibuk siapkan adunan untuk kek buah kukus yang ambil masa 5 jam
tiba-tiba kakak saya dapat satu panggilan dari lil brother (from the other mother)
terkejut..sebab tak pernah-pernah call..
lagi terkejut bila adik bagitau yang Ku (ayah) dah takde.... :(

teringat sebelum tu Ku cakap nak jumpa satu family
tak sangka pula akan berjumpa satu family besar di tempat yang tak disangka-sangka
Al fatihah Tengku Ibrahim Tengku Perkerma

baru-baru ni pun kita semua dikejutkan dengan pemergian arwah Shea
saya memang follow shea dari zaman blog tengah famous dulu
dan sekarang IG..dan tahu keadaan shea dari blog dan juga ig kakaknya
ramainya yang mendoakan arwah..sampai ke hari ni ada je post pasal arwah di IG
ramainya yang menceritakan kebaikan arwah sewaktu hayatnya dulu
ramainya yang datang menziarah dan solat untuk arwah

sehingga terdetik dalam fikiran saya, amalan apa yang arwah amalkan sewaktu hayatnya dulu?

arwah Ku dulu pegawai undang-undnag di majlis perbandaran KT
saya tak banyak memori dengan arwah...cause kena share dengan ramai orang haha
jadinya antara memori yang ada cuma masa saya kecik
tapi mummy selalu cerita arwah Ku sangat baik orangnya
suka tolong orang...
percakapan yang baik dan lembut dan tak tinggi suara
(tapi dia garang (read tegas) denngan anak-anak hehe)
hormat orang walaupun orang bawahan..
saya pernah buat praktikal kat mpkt masa degree dulu..
dan semua orang ceritakan betapa baiknya arwah Ku dulu :(

benda yang sama dengan arwah Shea
baik dengan semua orang
semua orang keep talking betapa baiknya arwah

jadi saya rasa benda-benda macam ni yang buat mereka special di mata Allah
sehingga dijemput untuk bertemu di hari yang mulia dan bulan yang mulia
simple..

Allah
macam mana lah pengakhiran kita (saya) nanti...
 
semoga arwah Ku dan Shea berbahagia di sana

No comments: