Wednesday, May 10

finally ter-update

 kenapalah tahun ni kerajinan dalam penulisan blog nampak begitu jatuh merundum sekali tahun ni?
kenapa? kenapa? kenapa??
instagram dan yang lain-lainnya dah menjauhkan saya dengan blog kesayangan saya ni
ish ish ish... tapi kat IG pun jarang juga update..apa tah lagi kat fb...
habis tu hang buat apa selama ni??

ok lah..
bagi menghargai pembaca-pembaca blog saya sekalian alam 
(bajet artis sangat kihkihkih)
saya buat rumusan je lah k tentang apa yang dah terjadi 
dalam kehidupan saya setakat ni 
last update ialah pada bulan March yang lepas?? ish ish ish
maafkanlah saya yer pembaca kesayangan saya :(

Hydrology Class
 bulan 3 dan 4 hari tu, supervisor saya minta tolong saya jagakan class untuk budak-budak degree
degree in environmental engineering.  Bukan kelas sebenarnya, lab je pun. satu lab Hydrology (yang satu apa pun saya tak tahu haha nasib baik ada kawan saya yg datang tolong) dan satu lagi lab environmental (yang ni memang bidang sayalah...) studentnya tak ramai pun...dalam 10-15 je...sikit sangat..betullh statistik yang duk viral dalam social media tu kan..memang dah ramai student sains...semua nak jadi artis ke? 

Fatimah first dental visit
kesian fatimah. satu hari tu dia duk nangis je. saya pun macam hilang punca kenapalah budak ni seharian duk nangis-nangis ni?? *sampai naik hot jugak lah* Fatimah pulak jenis pelat lagi nak bagitau itu ini. memang susah sangat nak faham. kadang-kadang saya sorang je yang faham. abahdia memang tak faham sangat. so seharian stay dengan abah memang duk nangis je lah kerjanya. so petang saya balik dari UM rupanya Fatimah sakit gigi. Gigi depan. terus ke klinik gigi kat Vista Alam, Sect 14, Shah Alam. klinik gigi kanak-kanak. tapi tutup pulak. kesian Fatimah. Esoknya pergi klinik doktor cakap kena tampal sikit gigi depan tu sebab dah patah separuh. serpih. doktor cakap sebab fatimah suka minum susu botol pastu kemam dalam mulut. sebab tu gigi cepat rosak. kesian fatimah meraung dalam operation room tu. dari mula smapai habis panggil "aboh...aboh.." *tak panggil mummy pun :( so sekarang fatimah dah tak minum susu dalam botol dah. minum dalam sipping cup je. so that dia takkan kemam susu dalam mulut. klinik gigi kanak-kanak tu best sangat. kids friendly. tapi harga pun best jugak lah. hahaha.

Aiskrim Malaysia
first time buat aiskrim malaysia. umar suka betul. especially perisa milo. macam milo lori katanya. haha. saya buat pendek-pendek je sebab budak-budak bukannya habis pun makan kalau buat panjang-panjang. 

Chef Aboh
Aboh kalau sesekali balik cuti memang suka betul masak. sejak habis pantang ni kitaorang dah balik rumah sendiri. sepanjang tu aboh je lah yang masak. yeay!! saya jagakan budak-budaklah. kemas-kemas rumah je la. still tak boleh goyang kaki tengok tv hahaha cumanya aboh kalau masak take time sikit. haha. sebab semua benda nak freshly blend. macam cili boh. bawang kisar. saya guna je yang dah siap saya blend. *sebab mana ada masa. nanti hud nangis plak. fatimah nak poo poo pulak* antara makanan yang aboh masak...

Ruang kosong
ingat lagi tak post saya pasal first time beli meja kerusi kat ikea dan pasang semuanya sendiri? ingat la ingat la..hehe. so baru-baru ni kawan saya masa kat UKM dulu baru start online business carpet cantik tapi murah. carpet ala2 scandinavian atau ikea tu..tapi harga jauh lagi murah. kualiti sama. nak beli yang ikea pun tak berapa nak mampu lagi. nak beli kat kedai2 parkistan pun tak mampu juga. nasib baik ada carpet murah kawan saya jual tu. berbaloi-baloi. hehe. kalau ada yang berminat boleh ke IG zarisca.my. dah tak kosong lagi ruang kosong di dapur kecil ku ni :)

My adik ipar is my proof reader
untung juga la ada adik ipar yang pandai baha inggeris ni. hehe. nak dekat 8 tahun kat oversea. bahasa omputih ni macam kacang r. so baru-baru ni saya nak kena submit paper. seperti biasa bila last minute memang takde sape la nak terima paper 20 pages untuk di proof read. makanya dengan muka tebal minta tolong adik ipar. hehe. fuhhh banyak juga grammar error. ish ish. malu betul. tapi lantaklah asalkan boleh submit on time. 

Rezeki
Alhamdulillah. dalam kegawatan ekonomi sekarang ni aboh dimurahkan rezeki . ada beberapa job yang dia dapat. Alhamdulillah. lega betul hati ini. sekarangkan bidang oil and gas ni banyak betul yang kena buang kerja kan. Rezeki anak-anak. Makanya Aboh dah fly ke Brunei. Semoga dipanjangkan rezeki aboh. Amin. 

Tech-Post
Bulan lepas saya ada join satu conference anjuran UM. POst grad conference yang mana all accepted paper akan di publish dalam ISI journal. so rugilah kalau tak join kan.saya cuma present result yg ada je. paper saya under Civil category. Pastu yang tak disangka-sangka sangat tu saya menang Best Presenter untuk Civil./ hahaahahah kelakarkan. dah la mas nak kena present tu saya duk menunggu kat bilik yang salah. sampai comittee panggil pastu terkejar-kejar masukkan slide dalam pc present dalam keadaan termengah mengah. ish..tapi Alhamdulillah. sedikit sebanyak dapat menaikkan semangat saya yang jatuh merundum kebelakangan ni. hehehe. 

apa lagi nak cerita??

now everyone can cook
Dah lama tak masak-masak. Kali ni saya buat puding caramel. resepi copy sebijik dari blog hana memories. menjadi sangat. umar pun cakap sedap betul. satu hari je dah licin. kalau takde ABoh memang ala kadar je la masaknya. lauk makan tengahari pun dua jenis je. tu pun ikut selera budak-budak. takleh yg pedas sangat. nak yg sup je. hmmm. pagi plak. nak pan cake je. ok lah daripada makan hot dog je kan. cuma skang nak lagi best saya minta Umar join sekali kacau bahan-bahan dalammangkuk. Umar suka la. macam main masak-masak. hehe.

On the go
Breast feeding journey saya kali ni. saya rasa sama je macam umar dan fatimah dulu. kalau stress dia akan berkurang sikit. kalau makan alfafa dia kembali banyak. baru ni ganti puasa kurang juga sikit. nanti puasa sebulan harap tak berkurang sangat la. nasib ada yang frozen punya. boleh la buat top up. selalunya saya akan pump dua kali kat UM. satu pagi. satu petang. kadang-kadang duk asyik sangat buat kerja memang termiss sesi petang. jadi. hmm. yang jangan tiru ye. saya pump sambil drive. breast pump saya tu bukan la jenis handfree. kena pegang. jadinya satu tangan pegang stereng. satu lagi pegang corong breast pump. huhu. tapi ok la. jalan nak balik Shah Alam kan jam je. slow je perjalanannya. jadinya ok la bawa kereta satu tangan je.

Face app
mudah terpengaruh. dan mudah mempengaruhi. hahahah. sape je yang tak try lagi app ni? pergi try sekarang. hahaha. saya try dan hmm...agak memberangsangkan juga hasilnya. rupa saya masa tua sebiji macam makcik saya. haha. masih comel dan cantik walaupun dah pangkat nenek. hehehe

33  
happy birthday to me. yang ke 33. dah tua. tapi masih lagi belajar. dan tak punya kerja tetap. dan tak punya kereta sendiri. dan masih tak mampu beli duckscarf. sedihkan? 33. bukan sekadar nombor. dah punya 3 orang anak. seorang suami. of cos hehe. kesihatan yang baik. anak-anak sihat. punya keluarga yang best. kawan-kawan yang pandai dan banyak menolong dalam siapkan tesis. Alhamdulillah. dah 33 tahun dapat bangun pagi dan meneruskan rutin harian. teirma kasih Tuhan. Terima kasih semuanya. :)

CD?
CD?? oh my. hujung bulan ni nak kena menghadapi candidature defense. berdebar dia macam nak viva. kalau viva lagi berdebar kot. hahaha. untuk CD kali ni saya cuma boleh present dua objective yang dah tercapai. tinggal satu lagi objective yg kena siapkan selepas CD nanti. slide tak siap lagi ni. data analysis pun tak siap lagi ni..aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. tolong!!!!!!!!!!!!!

ok. bye. nak kena fokus kat CD. eececeecece
bye bbye. jumpa lagi. tahun depan. :p

2 comments:

dorsett pink said...

1st,tahniah nilam sebab berjaya update blog..
2nd,tahniah sebab ada progress research,
3rd,nak cakap kawan baik saya AB (diani sidi) pun jaga lab hydrology gak, dia dah lama buat hydrology, so nilam boleh lah share ilmu dengan dia.. Hehehe

sapphire said...

intan,
thanks...saya dah whatsapp ab semalam... :)