14.2.17

lucky number 3

Assalamualaikum. Hi!

hari ni rasa nak mengabadikan kisah kelahiran Hud the Hud
sebab chapter 1 dah siap. siap je. belum disubmmit kat sv. jadi kita rehatkan otak kejap
semalam stay up. bangun pagi fuhhh pening kepala. taknak dah stay up. melemaukan badan je

ok. kita mula dengan sejak Hud dalam perut. hehe


masa minggu ke berapa ntah. dah nak dekat due juga.
pergi check up dan dcotor cakap saya ada lacunae di placenta saya
lacunae ni macam tompok tompok air (atau bak kata doctor macam taksik/kolam) di placenta
saya sendiri boleh nampak ada beberapa lacunae bila doktor scan perut
tapi doktor cakap takyah risau sebab as long placenta tu masih menjalankan fungsinya
jadi tak ada yang membahayakan..fuhh lega..

2 hari sebelum Hud dilahirkan. check minggu ke 39 macam biasa kat hospital
tiba-tiba doktor cakap dia nampak tali pusat melilit 2 kali kat leher Hud
masa tu saya dah rasa frust sangat-sangat sebab doktor cakap sangat risiko kalau nk beranak secara normal..sebab lilitan dah 2 kali..risikonya bila kita nak push push nanti..
masa tu macam biasa saya dtg check up sorang-sorang..blur sangat-sangat
saya pun terus setuju untuk czer..:(
doktor sendiri perasan air muka saya berubah kot..sampaikan dia cakap takyah frust..awak boleh pregnant lagi..saya bukan apa..cuma kalau boleh nak normal walaupun tahu sakitnya tuhan saja yg tahu..tapi sakit czer lepas habis ubat bius lagi lah..nak jalan pun takut..
sampai hari ni bahagian tu kalau tersentuh mesti rasa ngilu :(

so hari ahad tu terus serah diri kat hospital dan lahirlah Hud Alfatih 
Hud nangis perlahan sangat...tak macam fatimah..satu ward boleh dengar suara dia
Alhamdulillah...Hud sihat..2.4kg..paling kecil dalam ramai-ramai
dari tahu saya pregnant saya memang nak letak nama Hud
dan Alfatih tu en.MM punya idea..sesuai sangat kan hehe


saya rasa pregnancy yang paling mencabar dan beremosi
dengan labwork nya lagi..dengan emosi nak marah-marah kat dua abang n kakak Hud laa
macam macam lagi...
tapi ALhamdulillah..so far Hud sangat senang dijaga..
harap sampai ke bila-bila pun Hud akan jadi anak yang menyenangkan...


baru-baru ni check up , Hud dah berat 5.8kg
semangat dah..nak dukung lama-lama pun dah tak larat..

ok lah
next time saya cerita hal-hal berpantang k..
berpantang cara saya..

bye!

No comments: