Monday, February 20, 2017

berpantang ala sapphire




hari ni mari kita bercerita macam mana saya berpantang
saya rasa kali ketiga (keempat sebenarnya..) ni saya berpantang ala kadar je
bukan sebab takde orang jaga..mungkin sebab dah kali ketiga kot hahhaa
dah keluar rumah minggu kedua berpantang (keluar pergi check tak termasuk)
ni keluar pergi hantar umar school..pergi parents meeting kat school umar..
keluar pergi tengok annual concert umar..cuma keluar pergi shopping mall je tak heheh
tapi masa ni rasa sakit kat parut tu dah tak rasa sangat
minggu pertama tu nak bangun dari katil pun sakit..
minggu kedua Alhamdulillah...ok dah..tak rasa sangat dah..

pastu kali ni saya dha makan sayur air sejak hari pertama
sayur sawi dan carrot...sayur lain saya tak berani lagi...
makan ayam pun start minggu kedua kikikiki dasyat betul berpantang kali ni
dulu masa time umar..hari ke 44 baru makan ayam
hari ke 44 baru masak sayur air
selama 44 hari tu makan nasi dengan ikan panggang je la
petang makan roti atau biskut cicah milo
boring jangan nak cakap la..boring tahap telan je la kan..
kalau tak makan lapar plak..perut masuk angin plak,..


so here are the list of berpantang cara saya:

  • ikan yang boleh buat gatal macam ikan tongkol, ikan bawal, ikan kerisi, ikan keli, ikan pari dll semua ni dilarang makan. sebabnya nanti gatal kat tempat luka. ikan bawal sangat bahaya ok. mami saya dulu pernah makan ikan bawal. lepas makan je terus rasa sakit macam sakit contraction. jangan main main.
  • ayam, seafood pun tak boleh. pun penyebab gatal. 
  • sambal-sambal pun atk boleh. sila bawak bersabar. makan la nasi dengan ikan panggang je. kering.
  • mushroom, bayam, kangkung. kobis dan entah apa lagi jangan makan. 
  • basically semua benda tak boleh makan. hahahha
  • kalau makan nasi sila letak banyak banyak terus. sebab nanti dah tak boleh tambah untuk kali kedua. saya tak sure sebab apa. tapi mummy sangat melarang. ikut je la kalau tak nak tensen. hehhe. (tapi saya rasa sebab tak nak kita gemuk kot..kadang2 nasi dengan ikan panggang pun boleh jadi sangat sedap tau hehe)
  • oh yer..sayur timun tak boleh. sebab sejuk. segala macam sayur yang menjalar. sila jauhkan.
  • mee, laksa pun dilarang sama sekali. takut urat berpintal-pintal
  • pisang atau kuih lepat pisang atau kuih yang dibungkus dengan daun pisang. TAK BOLEH. daun pisang sangat berbisa.
  • apa lagi? tak boleh buat kerja berat. tak boleh baca buku. tak boleh mengadap handphone. sebab urat urat mata pun nak rehat. hehehe. yang ni saya langgar je. mana boleh tak tengok handphone dalam masa sejam dua. boringnya. hahhaa
  • kena pakai stokin dan selipar rumah. sebab kena jaga ibu jari kaki. sebab kalau apa2 jatuh atas ibu jari kaki berisiko untuk tumpah darah. yang ni jangan main2. sedara pernah kena. 
  • tak boleh turun naik tanggan. untuk jaga kedudukan rahim.
  • tak boleh marah marah. jerit jerit. kena bawak bersabar sangat-sangat. 
  • air sejuk dilarang sampai hari ke 100
  • pulut. dilarang.
  • pasta boleh sebab cara pembuatannya tak sama dengan laksa. jadi kalau boring makan nasi boleh makan aglio olio. daging kisar jagan makan dulu k.
  • perut tak boleh biar kosong. walau pun banyak gila benda yang tak boleh makan. tapi jangan biar perut kosong.
  • makan oren utnuk luka cepat sembuh. makan ikan haruan pun utk luka cepat sembuh. (rasa dia mcm ikan keli)
  • hati lembu boleh makan. masak dengan halia dan sedikit serbuk kunyit. perhhgg sedapnya hehehe
  • telur sebiji tak boleh makan. tapi kalau ada telur dalam kek, biskut, roti dan segala apa lagi boleh makan. telur boleh penyebab gatal
  • kena sentiasa rehat. tak boleh duduk lama-lama. kena baring-baring je. takleh jalan laju-laju. jalan pelan pelan je k..kena banyak rehat..
saya rasa tu je kot..atau ada lagi yang saya dah lupa?
tapi yang pastinya lain orang lain cara dia berpantang
lain zaman lain juga cara berpantangnya
saya ingat lagi masa mami saya berpantang masa adik bongsu arwan wan saya yang jaga
(walaupun dah anak ke empat)..siap bertangkas..mandi air apa benda ntah..
masa tu rumah besar..banyak bilik..bilik air pun besar..(siap boleh letak katil utk bertangkas tu)
skang..bilik air cukup2 muat je..mami pun tak buat dah tangkas2 ni..
cuma sepanjang 44 hari kena mandi dengan air suam-panas..tak boleh air sejuk..
ada orang makan ikan bilis masak dengan bawang tu kan..
tapi mami saya cakap tak boleh..ikan bilis gatal..ntah
memang lain lain versi 
cuma saya harap jangan terlalu memikirkan pantang larang ni
ikut je..kalau tak boleh..jgn buat..kalau boleh..buat..
(lain la kalau berpantang sendiri..hang nak pi mana pun ikut suka hang la kan)

satu lagi..
suami jangan lupa mainkan peranan
si isteri dah penat lelah bawa muatan berat selama 9 bulan..dah melalui morning sikness yang kadnag2 sepanjang hari sickness nya...pastu melalui sakit contraction lagi..kena potong lagi...
please jaga isteri anda baik-baik k..hargai pengorbanan antara hidup dan mati si isteri 
(cakap kat suami sendiri ke canne ni hehehhe)

ok lah..
cakap panjang lebar pulop..
nanti kita bercerita lagi k
baibai

No comments: