14.7.16

petang megang

Alhamdulillah
berakhir sudah 30 hari kita berpuasa untuk tahun 2016 ni
semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yg baik untuk berpuasa lagi tahun-tahun akan datang...aminn..

tahun ni raya pertama dan kedua kat Semenyih..kat rumah en.MM
tapi.....tapi....saya berjaya pujuk en.MM untuk balik terengganu wohoooo
jadinya raya ketiga gerak balik ke terengganu
tapi tak best sangat la sebab kebanyakkan sedara mara dah balik ke KL atau kerumah mertua masing-masing...tahun depan kena pujuk balik hari raya kedua

sistem raya yang saya sarankan kat en.MM ni macam ni
setiap tahun kita balik semenyih dan terengganu
(tapi since sistem asal en.MM nk balik berselang seli)
makanya saya dah cadangkan kita raya kat semenyih dulu
raya pertama dna kedua
raya ketiga camtu baru balik terengganu
sebab?? en.MM kan jarang jarang sangat dapat jumpa keluarga dia
umar dna fatimah pun sama
satu keluarga busy...nenek busy dengan bisness kitchen cabinet
mak mak sedara semua doktor..lagi la kan...
makanya takpe la...saya berkorban jiwa dan raga...
kita raya kat semenyih dulu
huk huk huk

sebenarnya nak cerita yang sehari sebelum raya tu saya boleh lagi pergi ioi mall
kalau ada mummy sure dah bising dah
" mende laa...petang megang gi jalan shopping mall lagi" hahaha
kalau dalam bahasa terengganu sehari sebelum raya kita panggil "petang megang"
kalau sebelum puasa pun camtu...korang pernah dengar?
tapi...tapi..saya ke ioi mall bukan nak shopping raya sangat pun
buka puasa je..sebab seharian dah keletihan kemas rumah mop lantai semua
(kalau ikutkan diri ini yang berbadan dua ni..ececece...mau je berbuka..tapi sabor je la)

lagi pun
macam tak maniskan esok nak raya muka kat shopping mall lagi
esok puasa pun duk lepak lepak kat luar lagi
bawak bawak la balik rumah....berjumpa tolong mummy/mak apa yang patut kat rumah tu
hehehehe
kalau kat terengganu saya rasa petang megang tu jalan memang takde kereta dah
sunyi sepi dah...kedai-kedai pun dah menutup tirai dah
cuma kat KL ni meriah lagi jualan hari raya...jakel pun ramai lagi yang pergi T_T

jadi last puasa hari tu kitorang berbuka kat Sakai Sushi je
sebab?? sebab semua kedai dah penuh....huhuhu
pergi lambat sangat....tapi sushi pun best...tercapai juga hajat nak makan :)

 so itu saja lah cerita sehari sebelum raya
nanti akan ada cerita dua hari raya di semenyih-melaka-negeri sembilan-terngganu

pecah kaca pecah gelas
sudah baca harap balas
selamat hari raya
maaf zahir batin

No comments: