10.6.16

hari kelima

salam Ramadhan semua
Alhamdulillah dah masuk hari kelima kita berpuasa
ada lagi 25 hari hihi
(fikir nak raya la tu :p)

puas tahun ni biasa je
tak ada yang istimewa
macam tahun lepas juga
tak berselera langsung nak makan
nasi paling banyak 2 3 suap je...selebihnya suap kat umar
kalau ikutkan rasa nak makan..semua benda nak makan...semua benda nak order
baru-baru ni saya order daging dendeng kat kawan
sekeping daging pun saya tak rasa T_T
mummy masak ikan sweet sour..kari ayam..sambal belacan..udang maska merah
semua nampak macam tak sedap...
Apakah masalah awak ni Encik Selera?? T_T
pastu malam karang kelaparan...
watu bersahur pun macam tu
tapi makan juga...nanti takde tenaga plak
cumanya banyakkan makan kurma je

puasa kali ni saya ada misi
hehe misi yang tergendala tahun lepas
misinya ialah saya nak khatam quran dalam masa sebulan
(semoga istiqomah dan dikuatkan semangat sampai hari ke 30 puasa)
sekarang ni dah masuk hari ke lima
makanya kalau ikut perkiraan dah masuk juz kelima
Alhamdulillah saya masih on track
cuma kadang-kadang terbabas juga
sebab terbabas waktu sahur
tapi kena banyakkan baca time waktu lain..waktu yg tak busy. contohnya waktu asar
selalunya setiap waktu solat saya baca 2mukasurat.
jadi satu hari insyaAllah satu hari boleh habis 1 juz
kalau lapang banyakla sikit bacaannya
kalau fatimah atau umar tak mengacau ok la


ok lah
itu setakat ni
kejap lagi dalam tengahari saya ada progress meeting dengan sv
tak tahu nak present apa...apa yang ada je la kot
doakan eh
saya akhiri dengan....berbuka nanti nak masak apa ek??
eh silap....semoga segala amalan kita di bulan mulia ini diterima..amin.. :)

1 comment:

dorsett pink said...

tahniah nilam sebab berjaya berpuasa walaupun tengah preggy... semoga impian nilam nak khatam quran bulan puasa ni berjaya. Amin