Wednesday, June 1

aqiqah

sekitar majlis akikah anak sepupu di Taman Maluri baru-baru ni
cantek sangat lah dia punya dekorasi 
umar n fatimah tak buat lagi aqiqah T_T
entah bila masa yang semua nak tumbangkan 3 ekor kambing tu
dulu plan nak join aqiqah kat kemboja la palastine la
tak jadi jadi jugak...apa la mummy n aboh umar fatimah ni

yang diraikan baby Ariq Zayn
comel sebijik muka sepupu saya, ayah kepada baby ariq zayn ni
semoga baby zayn menjadi anak yang soleh kepada agama dan keluarga


baby fatimah yang menumpang hehehe
sukanya bila kita letak dia kat situ
taknak turun terus
perasan princess la tu :p

TheAskar 2.0
cicit-cicit arwan Hj Abdullah & Hjjh Wan Zainab
riuh rendah la majlis hari tu sebab budak-budak ni la
semua satu sekolah semua ni
terus teringat zaman saya kecik-kecik dulu
semua satu sekolah dengan sepupu sepapat
akibatnya kalau ada kenduri kendara canni mula la mak-mak keluarkan report book masing2 hahaha

sebahagian kecil keluarga besar saya (Terengganu Side)
seronok sesekali ada reunion canni
boleh la bertanya khabar isu-isu semasa
walaupun ada whatsapp group...tp jumpa dan borak depan2 lagi best kan... :)

sekian

1 comment:

dorsett pink said...

cantik deco - extravaganza