10.5.16

mother's day

satu malam
masa tu nak dinner...kat meja makan
macam biasa saya akan suapkan untuk Umar
dan Kak Fatimah plak biasalah dia...berlagak macam budak besar...nak makan sendiri
lauk biasa je
sup sayur (sawi and carrot), ayam goreng, telur dadar dan lada kicap
ni lauk favorate umar and fatimah sebab ada carrot
dan sekarang umar dah nak makan fish dan telur
kalau dulu nampak je fish mesti dia tegur minta asingkan
dah sorok dalam nasi pun dia boleh nampak
macam tu juga kalau letak sayur lain dalam nasi...nampak aje dia
Fatimah lain...makan je semua benda

jadi time tengah suap menyuap tu
tiba-tiba umar tanya

"kat school.....emmmm...kat work mummy makan apa tadi?"

saya macam.....olooooooo umarrrrrr....sweet nya soalan camtu :'(

rasa nak nangis kat situ terus hahahhahaa

rasanya itu the best birthday and mother's day wish ever
takde tandingan....
umar tak tahu lagi mother's day tu apa...saya pun tak cerita 
tapi takpe...mummy rasa bila umar tanya camtu dah cukup buat mummy terbang-terbang
macam dapat surat cinta dari Aboh dulu hahhahaha

sorry for not always being a good mother to you umar and fatimah
selalu juga marah-marah, tinggi suara, jadi dinosaur
tapi umar relek je buat muka takde apa
harap umar/fatimah tak simpan dalam hati
mummy geram juga bila susu tak habis
buat tumpah air
sepah sepahkan mainan
asyik nak tengok Toys Story je canne mummy nak tengok Dia semanis Honey

tapi kadang-kadang tu
kalau lagi dimarah lagi kita yg sakit hati
kan? betul tak...jadi kita kena guna cara lembut
hati kita pun cepat je jadi lembut
cuma yups...kadang2 memang terbabas juga heheheh 
sorry umar...sorry fatimah... :)


apa-apa pun happy mother's day kepada seluruh mummy, mak, umi, ibu, ami dalam dunia ni
jom kita perbaiki diri menjadi mummy ter-best, terbaik dalam dunia :)


1 comment:

dorsett pink said...

happy mothers day nilam