Saturday, April 9

doktor muda

hari ni seharian di hospital
alhamdulillah.. aiman macam sihat sikit dari hari hari sebelum
dua hari lepas aiman,  anak kepada kakak kena operate
sebab bengkak disebabkan jangkitan kuman
yg disebabkan doktor tak reti cari urat dah terkena jangkitan kuman

menurut doktor yg operate aiman tu,  doktor tu klu tak jumpa urat jarum tu dah kena tukar
kalau tak akan terkena jangkitan  kuman dalam darah
kesian aiman sapai bengkak k separuh  badan
dan kena operate tu sebab nak buang tisu_tisu rosak yang dah dimakan kuman

kita dah la kurang percaya dengan doktor muda.. bila jadi canni lagi la kan
nak nak bila doktor dari hospital kerajaan.. sorry doktor muda
tapi harap tak semuadoktor muda camtu
nk jadi doktor yg berpengalaman mesti melalui zaman ho yg blur kan
tapi...  kalau rasa tak boleh atau salah cepat2 bagi tau boss yg lebih tahu please
kesian budak budak..  diorg klu sakit bukan reti sgt nak bgtau kan... 
diorg nangis je..  kita pun tak tahu nangis sebab sakit kat mana

ni kalau dalam grey's anatomy watak doktor yg sesuai ialah Alex Karev hahaha
mula2 jadi doktor macam2 buat salah dan penakut (dari luar bukan main macho man)
tapi skang dah season 12 dah jadi pakar kanak yg super macho mengalah Mc Dreamy
(haha boleh ke buat persamaan dengan drama tv camtu.. suka hati hang je kan)

tapi aiman td dah ok dah
dah dua kali buat dressing nak cuci tempat yg kena operate tu
dia plak  aktif semacam je tadi
nak nak bila bff,  umar datang... mcm orang tak sakit
alhamdulillah alhamdulillah

apa apa pun semua kuasa Allah kan
kalau nak jadi jadi jugak
aiman dah ok tu... semua orang dah maafkan doktor muda dr hospital kerajaan kat shah alam tu
(nak jugak bgtau hospital mana kan heee..)


No comments: