Monday, February 29

nenek


tiap kali jumpa nenek sebelah en.MM mesti buatkan saya teringatkan arwan Wan dan Ki saya
nenek en.MM ni mix Jepun. mungkin datang ke Tanah Malaya masa Perang Dunia dulu kot
dan sekarang tinggal dengan anak-anak di Singapore
nenek ni walaupun dah berusia 80 tahun tapi masih kuat
pergi pasar Geylang sorang-sorang (walaupun dah dilarang anak-anak)
malam-malam buat cross word
ambil tempahan kuih
tiap kali saya ke singapore makanan yg wajib ada asam pedas
perghhh the best asam pedas in town and some say kalah asam pedas melaka hahahaha
pastu kalau dengar dia bercerita memang sampai ke petang takkan habis
sangat-sangat buat saya teringat Wan dan Ki saya

tapi sekarang nenek dah tak berapa sihat
baru-baru ni diberitahu yang nenek ada lung cancer yang dah stage 4
nenek dengan sikap degilnya tak nak buat kimo ke apa benda rawatan cancer lain
cuma bergantung dengan ubat tahan sakit
kalau makan ubat tahan sakit tu Alhamdulillah boleh berborak dan makan seperti biasa
tapi kalau tak makan........sedih betul keadaannya

kawan-kawan,
tolong doakan Nenek Fatimah sihat dan dikuatkan tubuh badan melawan penyakitnya
semoga nenek dapat bertahan dan sihat seperti sedia kala




No comments: