Thursday, December 31, 2015

the best nine

the last day of 2015
time flies really fast
now i need to plan my 2016 goals

so here are my very best of 2015

tahun 2015 start dengan umar officially to school. Not the real school just a daycare but we love to call it as school. you know. hehe. with the uniform. school bag. student's file. He's grown up. besar dah Umar. teachar cakap umar pendiam. dan dia ada geng pendiam kat school. katanya bercakap melalui kuasa minda. haha. kalau nak mandi umar dah boleh take off baju sendiri. pakai kasut sendiri. makan sendiri. tahun depan starting 7th January he will be in 4years class. the real class. reading class. phonics class. art class. solat class. etc. dan paling best baru-baru i just found out he already knwo abz to z and 123 to 10. at 3 years. kalau saya masa umur 3 tahun dulu mungkin saya tahu abc je kot. huhu. so mentang mentang dah kenal abc kat mana mana kalau jumpa perkataan yang besar umar akan baca huruf satu satu. happy sangat tengok. :) so canne nak ajar baca pulak? any ideas?

my baby sister is married. the last one in the family. Alhamdulillah. bertemu jodoh dengan orang Penang. kawan kepada abag ipar saya juga. dulu susah betul nak ke penang. ye la macam tak ada alasan. sekarang macam tiap tiap tahun mesti sekali at least saya ke penang. tapi adik dan husband PJJ. sorang si shah alam. sorang di penang. setiap weekend diorg akan bergilir balik shah alam. minggu depan balik penang. macam tu lah sampai.....tak tahu bila. mungkin bila husbandnya dapat tukar kerja kat putrajaya. semoga emi bahagia selalu sampai bila. dikurniakan anak anak yang soleh solehah.
 
 officially registered as a phd student in UM. session 2014/2015. saya registered on semester kedua sebab masa semester pertama yang sepatutnya semua orang register saya ada hal apa ntah. lupa dah. tapi Alhamdulillah. semua ok. mula-mula sangat risau dengan yuran pendaftaran yang tinggi. kalau boleh tak nak menyusahkan sesiapa lagi. nasib baik by the time saya nak register tu mybrain saya dah diluluskan. so masa registration tu cuma bawa surat tawaran byrain dan walaaahhh selesai. Alhamdulillah.


first time dalam hidup saya masak untuk sejumlah tetamu. tetamunya keluarga saya dan keluarga mertua je pun. hahaha. tapi ramai juga la (bagi saya). dan the menu was soto, puding, sate, fruits, kek, dan sirap. yang saya masak soto je pun. tapi leceh kot nak buat soto. dengan begedilnya. dengan isi ayam yang perlu dicarik-carik. tauge yang perluu dicelur dan dibuang ekor. lada kicap. fuhhhh. berpeluh jugak r. dan Alhamdulillah semua memberikan kritikan yang sungguh membina. katanya ada yang teringat-ingat soto saya. hahaha. thanks for coming for our open house kecil-kecilan. :)

 berpantang kali ke 3. but this time is so special. :) tak lama sangat. dan tak ketat sangat. ikan bakar dengan olive oil, garam, lada hitam, kunyit dan nasi kosong. yumsss. but still no ice for 100 days. yang ni tak boleh mengelat. angkat barang berat2 pun tak boleh. ada hikmah disebalik semuanya. fatimah is not ready to be kakak. umar still need my full attention. really need to focus on my research. tapi seriously baby, mummy more then happy to have you. walaupun tesis sangat tensen. mummy tak ada gaji cuma mybrain. walaupun kakak fatimah sokmo manja manja. mummy is always ready. :) sepatutnya bulan 4. saya rasa kali ni macam baby boy. entah. heee. InsyaAllah...ada la tu nanti... :)

 got to meet my Prof Paul Brunner. the guru in material flow analysis. it was so nice to finally meet him. the way he comment and gave suggestion during the conference. we know he is such walking reference for many books especially waste. harap satu hari nanti dapat bekerjsama dengan beliau.

berita sedih untuk seluruh keluarga. Pagi jumaat yang redup dan mendung arwah PakHitam pergi selamanya. arwah macam ketua keluarga. segala macam keputusan mesti mendapat persetujuan atau at least pandangan arwah. seorang yang banyak tolong especially keluarga saya. macam-macam. semoga arwah pakhitam bahagia di sana dan ditempatkan dengan mereka-mereka yang beriman.

lepas beberapa abad meninggalkan kerja-kerja di lab. tahun ni saya terpaksa-rela melibatkan diri sekali lagi dalam dunia labwork. keluar ke tempat tempat yang tak diketahui. ambil sample seharian suntuk. balik kena sambung buat labwork. dan labwork berlanjutan sehingga seminggu. dan analisis data. dan submit progress report. Alhamdulillah. lepas beberapa kali cuba untuk dapatkan data dan gagal. doing the labwork at least saya ada data sendiri. walaupun penatnya. (maklumlah usia dah senja...) so this labwork thing akan berakhir hujung tahun depan. InsyaAllah. amin. dan saya konvo. amin amin amin. heeee #berangan semoga segalanya berjalan lancar. amin amin. doakan eh semua :)

so the highlights of the year is the Japan Trip of course. hehe. never dream to have this chance to actually go and be student in kyoto uni walaupun cuma 2 minggu. kihkihkih...student lah sangat kan. tapi ala-ala la. dapat study di luar negara adalah impian yang saya tunggu tunggu selama ni. dah melepaskan peluang belajar di luar malaysia dua kali. atas sebab sebab tertentu. kalau peluang tu datang lagi. saya rasa saya takkan tolak. i will go for it. and angkut semua sekali ikut sama. hehehe paling best juga bila dapat kenal kawan japan yang sangat berpengetahuan dalam bidang yang sama dengan saya. dapat kenal  lecturers dari ukm um unisza utm. at least ada connection dan hopefully dapat la buat research sama sama nanti. hehehe berangan sungguh. harap dapat lagi peluang sebegini tahun tahun akan datang. amin. 

so itu je
Alhamdulillah untuk segala rezeki untuk tahun 2015
ada banyak lagi rezeki yang tak terluahkan kat sini
rezeki yang kecil. yang besar. Alhamdulillah
tak lupa juga untuk segala sakit dan ujian
segalanya ada hikmat di sebalik.

untuk tahun 2016
saya berharap segalanya baik baik belaka
rezeki yang murah dan diredhai
kesihatan yang baik
dan bukan sahaja untuk saya tapi untuk semua
umar, fatimah, encik MM dan family.  
begitu juga kepada pembaca-pembaca blog saya yang setia
(ada yang membaca ke?? hehe)

selamat tahun baru
jumpa lagi tahun depan.
bye!








2 comments:

dorsett pink said...

suka baca entry ni. Goodluck for you Nilam for your phd.. May 2016 tahun yang best untuk Nilam..

dorsett pink said...

saya pun duk tanya soklan sama - macam mana nak ajar anak membaca. hahaha.. mak2 la sangat kan