4.1.16

okishima island

balik semula kita acara berjalan-jalan di Kyoto tahun lepas
kali ni kita ke sebuah pulau yang terletak di Lake Biwa, Ritto iaitu Okishima Island
salah satu daripada dua pulau yang terletak di tengah tasik dan masih berpenghuni
satu lagi pulau yang ada ciri2 yang sama terletak di german

lawatan ni disertai group member daripada UKM, UTM, UNISZA, UM dan KU sendiri
kami dibawa melawat waste water treatment dan sekitar perkampungan di pulau tersebut

Okishima Island kecil je. Dulunya populasi nya ialah dalam lingkungan 600 orang. tapi terkini pulau ni berpopulasi 300 orang sahaja. Pekerjaan utama penduduk kat sini ialah sebagai nelayan. suatu ketika dahulu sebelum wujudnya waste water treatment kat pulau ni, penduduk kat sini bekerja sebagai pengangkut segala macam sisa ke tengah tasik Biwa ni. tapi selepas kejadian bot seorang perempuan yang membawa sisa terbalik dan perempuan ni meninggal, ramai yang telah keluar dari pulau dan berpindah ke main land. jadi untuk meramaikan lagi penduduk kat pulau ni terutama sekali kaum perempuan, kerajaan jepun telah membina waste water treatment dengan harapan perempuan daripada main land akan datang ke pulau dan berkahwin dengan lelaki pulau ni. tapi nampaknya tak berjaya. populasi menurun ke 300 orang

kebanyakkan penduduk kat sini bercucuk tanam selain untuk makan sendiri atau jual di main land. kita boleh nampak ada kebun kebun kecil di belakang rumah. segar betul. 
dikatakan kat pulau ni cuma ada 3 orang kanak-kanak. 3 orang? saya cuma jumpa seorang tengah main sorang-sorang kat luar rumah. entah mana lagi dua. hehe. walau pun cuma ada 3 orang budak, pihak berkuasa tetap membina sekolah di pulau ni. tapi untuk meramaikan lagi sekolah ni, diorang menjemput kanak-kanak dari main land untuk bersekolah di pulau ni. menjadikan total pelajar di sekolah tersebut ialah 11 orang. 
daripada 300 orang penduduk, lebih dari separuh adalah mereka yang berusia 60 tahun ke atas. dan yups mereka yang saya jumpa kebanyakkannya orang-orang tua. ala ala nenek nenek dah. tapi masih kuat kayuh basikal dengan muatan sayur-sayuran kat belakang. mungkin yang muda-muda keluar bekerja di main land kot. 

salah satu temple di pulau ni. ada beberapa lagi temple di sekitar atas bukit. dan gambar yang bawah tu muzium yang kecil je. katanya, okishima island ni adalah pulau yang penuh bersejarah. katanya pulau ni pernah suatu ketika dulu menjadi tempat 7 samurai datang untuk menyelamatkan diri. ingat tak cerita 7 samurai? yups..yang tu la. dan kebanyakkan penduduk di sini mempunyai family name samurai2 ni. kita boleh nampak family samurai ni melalui nama yang ada pada setiap rumah. dan taak muzium ni dulu adalah tapak kepada istana raja dulu-dulu. 
lunch. yumsss. semuanya ikan. maklumlah muslim kan. ayam ke daging ke tak halal plak. tapi ini pun dah ok sangat. kesukaan!! tempura. salmon bakar. habis licin. hehe. tengok sajalah muka kegembiraan yang terserlah. dasar kuat makan! :D
 UM+UTM+KU+UNISZA clan. hehe. seronok dapat kenal dengan expert expert ni semua. masing-masing ada bidang masing. tak sabarnya nak habis belajar. kerja. #mybraintakmasuklagini #eh
lawatan ke waste water treatment. mereka mereka ni semua kerja kat sini. dan lelaki yang berjaket hijau tu ialah field engineer yang dah berpuluh tahun bekerja di waste water treatment. dia lah pakar berkenaan waste di pulau ni. 
 dari pagi sampai ke petang juga lawatan ni. so tu je la. menarik sebenarnya kalau dengar sejarah okishima island ni. tapi mungkin cara saya cerita tak berapa nak best kan. heee. sorry. boleh google kalau ingin tahu lebih lanjut.

3 comments:

dorsett pink said...

best Nye nilam pergi island tu.. saya tak tahu pun pasal island tu and memang tak sempat pun nak gi situ

Unknown said...

saya gi island ni sbb dah ada dlm program utk JSPS-ACP . jadinya ikut je. rugi plak kalau tak join. kalau ikutkan saya pun memang tak tahu tentang kewujudan pulau tu hahaha

Raihanah Ahmad said...

cantik2 gambar, tentunya pengalaman yang sangat best