Thursday, October 22

kuah sardin

Processed with VSCOcam with c1 preset

dinner yang tak seberapa tapi sedap menjilat jari
sebenarnya stock makanan basah dalam peti dah berkurangan
cuma ada beberapa ketul ayam dan beberapa ekor sotong je lagi
menjadikan hilang idea nak masak apa tiap-tiap malam
nak pergi pasar tak sempat sempat lagi
nasiblah masak untuk diri sendiri je
kalau masak untuk orang ramai mesti tak masak dah kot hahaha
(boring dah makan luar…kadang-kadang bukannya sedap sangat pun kan)
(makanan yang kita masak lagi sedap kot hahaha perasan sangat)

jadi kalau korang masak sardin selalunya akan geng dengan lauk apa?
saya biasanya kalau rajin sikit akan masak sayur goreng yang simple simple je
macam sayur kobis ke atau sayur campur atau paling koman pun goreng je terung habis cerita
kalau time malas nak makan sayur goreng telur mata je pastu goreng ikan masin sikit settle
pastu rajin rajinkan diri masukkan kicap dalam piring kecik dan cili padi
kenyang sampai pagi…..



Resepinya
Kuah Sardin (makan seorang)

1 tin sardin yang paling kecil (kat dalam ada 3 ketul ikan sardin)
2 sudu besar bawang yang dah dikisar
1 sudu besar cili boh
1 keping asam keping
1 tin air (sukat ikut tin sardin tadi)
2 batang kacang bendi
minyak, garam dan gula

tumis bawang dan cili boh hingga pecah minyak
masukkan sardin dan kacau rata
masukkan air, asam keping dan kacang bendi
perisakan dengan garam gula
biarkan hingga menggelegak dan sedikit pekat
sedia untuk dimakan

lapar pulak tengok lauk sardin ni
lunch hour lambat lagi ni
ok.bye!

No comments: