Monday, October 19, 2015

Barura

0ff287d

masa undergrad dulu kat ukm kena ambil english class sebagai salah subjek tambahan (kot)
jadi masa mid sem exam kena isi borang omr dan segala macam borang lagi sebelum boleh jawab exam kan
lecturer english ni (saya tak ingat dah nama dia) tiba-tiba sebut nama saya dalam kelas
nama penuh siap binti
pastu dia cakap “your name is so long, don’t you have hard time to write your full name?” (lebih kurang r)
saya macam ok “no madam…im used to it”
kalau kira ada orang lain nama dia lagi panjang
bayangkan mereka mereka yang ada gelaran Che atau Nik atau Megat atau Wan
kawan saya masa sekolah gelaran dia Che Wan dan dia ada lagi 3 patah nama pastu binti Che Wan bla bla
saya rasa dia kena guna 2 kad pengenalan (pengsan!)

pastu masa undergrad ada coursemate saya ni chinese
dalam kelas kena tulis nama kedatangan
jadi saya tulis nama saya dengan shortform TG instead of tengku
so chinese guy ni tiba-tiba tanya “nama u TANJUNG Nilam?”
saya dalam hati “huhhhhhhhh???!!!!” hahahhaa
tapi memandangkan awak chinese saya maafkan awak sambil gelak dalam hati hahahah

jadi semuanya berlalu begitu sahaja tanpa sedikit calar pun di hati hahahaha (apakah)
then baru ni saya dapat surat
and they spell my name tersangat lah salahnya adoii nya pun woiiiii
barura daripada baizura
kalau mummy dengar ni mesti dia cakap “penat je fikir nama yg canti menarik”

ko
tapi memandangkan awak tu orang jepang dan berbesar hati nak taja saya selama dua minggu di kyoto
saya maafkan dengan hati yang excited hahaha

Alhamdulillah
saya terpilih untuk ke Kyoto University bulan depan
untuk Graduate Meeting selama seminggu dan water quality symposium selama seminggu
segalanya ditanggung oleh Kyoto Uni
dalam email saya nampak banyak nama nama yang dikenali termasuklah lecturers saya masa kat UKM
tak sabar!! tak sabar!! tak sabar!! hehe

tapi risau gak umar mesti nangis nangis kat airport nanti dan saya pun mesti tak boleh tahan dan banjir adoiii
kesian umar dan fatimah kena tinggal
saya pun dah bagitau umar yg nanti mummy kena pergi work dan umar kena stay dengan aboh
sejak dari tu umar macam ke mana saya pergi dia nak ikut
pastu siap cakap “umar nak ikut mummy work” “umar mummy, baby aboh”
adoiiii
harap dapat tahan air mata kat airport nanti

jadi….apa patut saya bawak untuk ke jepang selama 2 minggu ni??

8 comments:

intannazirajalil said...

tahniah kak nilam!!
take care nnt :)

llizam said...

yeay!!! alhamdulillah. tahniah Nilam. semoga mendapat ilmu yang berguna di sana :)

azri said...

alhamdulillah..tahniah TG NILAM..TG tu bkn TANJUNG tau! hehe.. :)

Julitta Yunus said...

Assalamualaikum Tg Nilam,

Boleh kongsi bagaimana dan macamana nak dapatkan peluang sebegini?

Terima Kasih

Julie

sapphire said...

Alhamdulillah....thank you semua...doakan semuanya ok kat sana nanti k.. :)

Julitta Yunus,
kebetulan saya termasuk dalam UM-Kyoto Watershed research group dan kyoto nak beberapa orang student from malaysia (termasuk UTM UiTM UKM) untuk join the symposium kat sana. Dan orang jepun ni dia ada banyak sangat fund. jadi akhir tahun dah kan ni, diorg kena habiskan duit jadi dia invite group member tadi untuk belajar n tolong diorg buat kerja.

kalau awak takde join mana-mana group awak boleh tgk uiniversiti awak ada MOU dengan universiti luar yang mana. dan awak apply for attachment. kalau attachment ni biasanya 2-3 bulan atau 1 sem jugak. kena plan masa betul2. atau pun try tanya supervisor ckp sy nak buat attachment kat mana-mana yg best utk research awak skang. tahun depan saya buat attachement kat majlis perbandaran kajang (dekat je la pun haha) tapi since nk belajar something dr diorg kira ok la kan. awak try ok. bagus juga kalau dapat ilmu baru dari org luar. good luck! :)

dorsett pink said...

Nilam.. first of all, congrats... u know what - I also will be in Kyoto on that day for our vacation.. maybe kita boleh jumpa kat sana kalau ada rezeki and masa. hehe

sapphire said...

ya Allah...serius? yeay ada orang dikenali kat sana nanti haha...kalau sempat boleh la jumpa nanti...ntah2 jumpa kat airport :) nanti share la apa barang2 yg nak bawak...saya blur sgt ni

dorsett pink said...

nilam. bagi email address please.. nanti saya emel awak apa barang nak dibawa... sebab saya biasanya tak buat entry kat blog before depart.. so, x dapat nak share kat blog. hehhe..

atau, awak boleh emel saya : dorsett.pink14@gmail.com

btw, saya fly hari deepavali tu (10 oktober) using air asia... awak?