Wednesday, September 30

lunch box: mee goreng basah

Processed with VSCOcam with c1 preset
lunch kita hari ini ialah mee goreng basah bersama dengan telur goreng dan sos cili yang tertinggal
adoiiii boleh pulak terlupa letak cili sos sikit
takpe takpe kalau masakan tu dah sedap tak perlu bahan tambahan dah
jadi adakah masakan saya sedap atau tak sedap? bye


mee goreng basah mudah
semua orang pandai buat

tumis bawang dan cili boh
masukkan sedikit sos tiram dan kicap
masukkan ayam
masukkan sedikit air
biar sebentar hingga menggelegak
masukkan sayur-sayuran
pukul sebiji telur dalam mangkuk dan masukkan dalam kuali
kacau rata dan biar sebentar
perisakan dengan garam dan gula
basuh mee kuning dan masukkan dalam kuali gaul rata
biar sebentar
sedia untuk dihidang
kalau suka pedas boleh masukkan cili padi
tapi untuk kesihatan perut askar askar better jangan masak pedas sangat
nanti askar sakit perut dan poo poo 2 3 kali kita yang penat hehe
ok dah lari dari topik
bye
selamat mencuba!

2 comments:

dorsett pink said...

saya tak pernah lagi masak mee goring basah ni.. hehe.. btw, tq for sharing the recipe

sapphire said...

ala....biasa je ni...tak ramai yg suka mee goreng basah dan dah kembang ni haha