Thursday, July 30

my new toy


makanan kegemaran umar ialah mee goreng. atau apa sekali bentuk makanan berbentuk macam mee contohnya spagetti juga umar akan anggap sebagai mee. jadinya kalau dinner selalunya saya akan fikir untuk masak mee dulu atau tanya umar dia nak makan mee ke tak malam tu. kalau tak nak. ok. kalau nak kena masak jugak sikit. kalau bukan mee kuning biasanya bihun je. atau pun kalau nak senang buat je aglio olio. simple. cuma ada hari mood makan umar akan bertukar. tetiba pulak nak makan nasi. tapi ok la sama je dengan apa yang saya makan. selalunya paling favorite umar kalau makan nasi mesti nak dengan sup. nasi kosong dengan sup kosong pun dah ok. ikan tak nak. ayam lagi lah. sayur pun. carrot pun dah boring agaknya. kalau ada sup akan banyak sikit makannya. kalau takde pun ok laa…boleh laa…banyak jugak. cuma kena bersuap. kalau tak jangan harap.

selain mee makanan kegemaran umar yang lain ialah kek. apa jenis kek. semua dia makan. hari tu pergi beraya kat rumah kawan mummy ada kek lapis berempah. lepas satu satu umar makan. ambil satu gi sambung main. dah habis satu datang balik ambil satu keping dan smabung main. saya tengok umar ni lapar ke apa? :D


jadi duk fikir-fikir best juga kalau ada oven kat rumah. bolehlah umar rasa air tangan mummy dia ni buat kek. hihi…jadinya dengan berbekalkan duit biasiswa yang tinggal seciput lagi (hanya cukup untuk bayar loan rumah dan school umar dua bulan) saya pun pejam mata beti satu oven. oven kecik je pun. jenama elba.

IMG_0901[1]

sebenarnya dah lama juga teringinkan oven. kat rumah cuma ada mixer je. jadi canne nak buat kek kalau ada mixer tapi tak ada oven. nak masak dalam magic pan macam tak puas. nak tunggu en.MM belikan pun macam lambat lagi. jadi beli sendiri je la dulu. saya beli yg 38L punya. muat-muat dengan kabinet dapur.

dah try guna dah. first time try buat cupcake. yang second time semalam saya try buat roasted chicken. yum…yum…hehe….boleh tahan juga rasa air tangan saya hehe…cuma kena belajar banyak benda lagi dan tiada gangguan dari mek Fatimah hehe…

next projek saya rasa nak buat pavlova plak. hehe. tinggi betul cita-cita. wish me luck korang!! :)

1 comment:

llizam said...

best! kadang2 resepi masuk oven lg senang mcm rosted chicken tu :) nnti bolehla saya tempah kek dr cik nilam... heheheheh