29.7.15

langit masih biru

Processed with VSCOcam with c1 preset

beberapa hari sebelum saya ada tengok video yang sebuah rumah dirompak di rawang. dan perompak ni datang dengan kereta estima ke apa ntah warna putih. dan sorang-sorang perompak tu keluar dari kereta betul-betul macam dalam drama atau filem yang ala-ala gengster.

semalam dengan berita yang paling mengejutkan seleruh malaysia, saya rasa macam …… apalah nak jadi dengan Malaysia tanah tumpah darah ku ni??! ini bukan perkara main-main. bukan perkara yang ok pergi cari popcorn dan tengok apa jadi seterusnya. bukan!!!

seriously saya dah bosan dengan drama-drama ni. cukup-cukuplah. dengan rombakan dan penggantian orang baru tu saya rasa bukan akan menambahkan lagi kepercayaan kita dan kesejahteraan kita dan kemajuan negara kita. tapi saya rasa hanya akan memburukkan lagi keadaan. kita semua bukannya tak tahu apa-apa. kita semua dah pandai menilai. sumber dah banyak. bukannya bergantung surat khabar utusan dan tv1 sahaja. macam-macam. yang dulu menyokong 100% pun dah berpaling tadah apatah lagi yang dari dulu tak menyokong lansung. lagilah kan.

saya selalu nak berfikiran positif tak nak percaya dengan berita-berita yang pasal guna duit itu ini, beli itu ni, melancong sana sini. selalu macam ok mungkin satu hari dia berubah. manalah tahukan. tapi tak. pastu pergi haji and all. ok. harap sangat lepas ni dah tak macam dulu. tapi tak juga!!! habis macam mana? dari arah mana lagi kita nak letakkan kepercayaan kita kalau dah macam-macam berita sahih dah keluar. adoiii.

cukuplah drama tahun 1997 dengan angkut tilam sana sini. cukuplah. we are better than this kan. haihhh. tak sedar ke apa sahaja yang kita buat walaupun sebesar zarah akan disoal nanti? kita ambil 10sen duit adik tanpa pengetahuan dia pun boleh disoal. kita beli benda-benda tak guna di daiso pun akan disoal. semuanya akan disoal.

sudah-sudahlah. marilah kita sedar diri sekarang. kalau bukan sekarang bila lagi? jom teman saya fikir cara mana lagi untuk saya dapatkan data untuk tesis saya ni. #eh #laritopikpulak #tulisblogsemasasepatutnyatulistesispunakandisoalesokesoktau #bye

No comments: