Tuesday, July 28, 2015

13 julai 2015


balik Terengganu baru ni saya dan Umar ke Astaka (nak kata shopping mall tak jugak. mungkin cuma sejenis hyper market kot kikiki…kat Trg mana ada shopping mall…yg ada cuma Pasar Payang je hehe). Ok saya dan umar ke astaka sebab nak kena beli susu umar. saya ke astaka sebab saya tengok harga kat kedai lain macam mahalnya macam beli kat shah alam. jadi saya try tengok kat astaka plak kot kot lah murah sket. alang-alang sampai tu nak lah jugak round round jugak. sekali tersampai pulak kat bahagian mainan budak. ada lah dua tiga bijik kereta mainan yang gabak tu. umar dah start mengaku tu kereta dia dah. saya dah adoiii laaaa…..try pujuk nak beli maianan kat kedai lain. tak jalan. try pujuk nak beli roti dan air kotak. tak jalan. dia cakap  nak kereta tu jugak. hmmm. mummy dah nak start naik hot dah ni. umar still nak suruh beli kereta tu jugak. bukannya elok sangat pun. macam dah buruk. mahal plak tu. dalam 100 lebih kot. pengsan!. saya macam dah kurang kesabaran dah. saya pun dukung umar. sekali dia meronta-ronta, berlari ke arah kereta tadi. saya try nak dukung lagi. dia nangis-nangis dengan kuatnya. semua orang dah pandang pelik. ahh. buat-buat tak nampak sudah. umar meronta lagi dan korang tahu je lah kesudahannya macam mana kan? :(


masuk alam 3 tahun ni umar dah boleh cakap sikit. lebih clear sebutannya. kadang-kadang ada juga yang tak clear tapi kita boleh agak-agak lah. kalau abohnya yang dengar memang dia tak faham satu apa pun. saya pulak yang kena translate kan. kat rumah saya memang sepenuhnya cakap bahasa melyu. sikit-sikit je yang ada englishnya. jadinya kebanyakkan percakapan dan perkataan yang keluar dalam bahasa melayu. takpe lah umar. nanti masuk sekolah belajar BI betul-betul k. (boleh macam tu?)

kadang-kadang masuk umur 3 tahun ni umar kalau saya minta tolong apa-apa dia takkan tolak. kalau dia tengah sibuk main dia akan cakap “jap, mar nak sun car” (kejap umar nak susun car) pastu baru dia buat apa yang kita suruh. takde apa sangat pun cuma tolong ambilkan botol susu fatimah. tolong ambilakn bedak. tapi biasalah budak-budak ada mood dia jugak. kadang-kadang dia buat tak tahu je. tapi jarang sangat lah. hehe.

baru-baru ni saya bertiga balik berbuka puasa di semenyih. tahu je lah perjalanan dari shah alam ke semenyih bukannya dekat. fatimah pulak kebetulan tak berapa sihat. dalam mengharungi jem di jalan semenyih tu fatimah menangis pulak. lama plak. nak stop buat susu memang susah sebab jalan semenyih bukan senang nak stop suka-suka hati. sekali umar pujuk fatimah “baby, jap nk pai dah” (baby, kejap nak sampai dah) heeee comel tak? comel tak? mana ntah dia dapat ayat camtu. saya rasa macam nak peluk umar time jugak. macam sangat abang-abang tau. hehe

sebelum ni kalau ada birthday kat school umar, teacher akan share dekat whatsapp group. ada satu kali tu birthday cake budak ni ada gambar Lightning McQueen, Cars. tiap kali buka handphone saya mesti nak tengok video tu. kesian pulak nengoknya. saya satu hari saya cakap nanti birthday umar kita buat cake yang ada Cars ok? ok. pastu mula la nak colour colour camtu camni. hihi. tapi sampai sekarang satu cake tak nampak lagi. teruknya lah kau mummy oiiii. kesian umar :( sebenarnya mummy tengah berkira-kira sikit skang ni sebab duit biasiswa dah nak kehabisan. banyak dah guna untuk raya. sorry umar.

sempena masuk 3 tahun dah Umar jadi anak mummy, tak ada apa yang mummy minta cuma mummy harap umar akan jadi anak yang soleh. Belajar pandai-pandai. sentiasa good boy bukan untuk mummy je tapi dengan semua orang. mummy doakan umar sentiasa dalam lindungan Allah swt walau kat mana pun umar berada. sebab mummy takkan ada selalu untuk jaga umar. mummy sayang umar lebih dari semuanya. umar tetap baby mummy sampai bila-bila. Happy 3rd Birthday Umar!!!

4 comments:

dorsett pink said...

happy birthday umar

sapphire said...

thank you!! awak intan melati ke?

k said...

sweetnya umar! semoga menjadi anak yang soleh, berjaya di dunia dan akhirat :) selamat hari lahir umar!!!

sapphire said...

sweeet kan? kan? kan? hehe :p thanks LLizam.. :)