Monday, July 20, 2015

eid 2015


mummy punya adik beradik taklahh ramai mana. 6 beradik. seorang dah meninggal. tinggal 5.
ku pun sama. cuma dua beradik. tapi saya rasa sepupu sepapat kalau dikira-kira boleh dikategorikan dalam keluarga besar juga.

cuma bila dah berkumpul selalunya di hari raya pertama, saya perasan (bukan sekarang…dari dulu lagi kot) ada sejenis pe’el yang macam hmmmm.

contohnya
”raya kang…takyah nok kena jemput jemput dulu baru nok mari beraya…nok mari marilah…takmboh mari sudoh” sad

contoh dua
”eh umoh tu dok jemput pung gi umoh dia…dokyoh gi lah” sad sad

contoh tiga
”umoh mokcik ni buat nasi dagang…baru je makang nasi dagang kat umoh pokcik tu tadi..kita gi umoh mokcikpokcik hok se lagi lah…dia buat nasi minyok” sad sad sad

contoh empat
”eh bakpe dia gi beraya umoh orang tu….orang tu buat open house doh ke raya kedua?” sangat sangat sad

tiap kali dengar, rasa macam…..can we just serang rumah sedara-mara kita tanpa berkira dia jemput ke tak atau dia hidang biskut kering je ke atau perluke kita tunggu open house baru nak pergi beraya???

and surprisingly
how I missed raya kat semenyih tahun lepas. bukan semua dapat berkumpul. sebab masing-masing kerja tak tentu masa. tapi bila dah berkumpul tu satu hari suntuk serang rumah sedara di KL. raya seterusnya serang pula rumah sedara-mara di kampung sebelah mak. kalau sempat serang pulak sedara-mara sebelah arwah ayah. walau dihidang lontong 10 buah rumah. lontong jugaklah ditelan 10 buah rumah pun. apa ada hal.

dan tahun ni. since adik bongsu beraya di kampung mertua dulu. yang menjadi ketua chefnya ialah yours truly, chef cik nilam hehe. cuma menunya bukan nasi dagang atau nasi minyak cuma lontong dan rendang daging palembang just like semenyih’s style. hehe.

apa-apa pun. raya tetap raya. dapat berjumpa sedara-mara dan update serba sedikit tentang hidup masing-masing pun dah ok. seronok juga dengar cerita masing-masing.

di sini saya nak memohon maaf jika ada tersalah silap sepanjang setahun atau bertahun kalin semua kenal saya. saya pun bukannya miss perfect yang sesuka hati je nak jenis-jeniskan orang hehe. sorry eh. (cuma rasa nak luahkan perasaan je). insyaAllah selepas wedding kawan saya, saya akan terus gerak balik ke shah alam. dan dalam hati nni macam nak buat open house kecil-kecilan. hehe.

ok lah. terasa sangat gigih bila update blog pada jam 5.55 pagi di hari ke empat.
SHRMZB!

2 comments:

llizam said...

selamat hari raya nilam dan keluarga!!!

sapphire said...

selamat hari raya to yout too.. :) canne beraya di perantauan kali ni :)