Wednesday, July 8, 2015

kek lapis mummy


bila sampai hujung-hujung ramadhan satu kenangan yang sentiasa ada dalam ingatan saya ialah aktiviti membakar kek
mummy saya dulu cuma kerani biasa di majlis perbandaran kuala terengganu, jadi untuk tambah pendapatan terutamanya bila nak raya ni mummy saya ambil tempahan kek
seingat saya ada 3 jenis kek utama yang mendapat tempahan paling banyak iaitu kek lapis rempah, kek lapis masam manis dan kek buah. pastu adakala mummy akan buat kek lapis mocha yang juga ada peminatnya tersendiri.

mummy ialah seorang yang susah nak cakap NO. jadinya banyaklah tempahan kek yang diterima walaupun masa dah suntuk. Kadang-kadang ada tempahan dari mak-mak sedara 2 3 hari nak raya dengan hanya bawa bahan-bahan dan mummy akan buat tanpa ambil upah pun. itu lah mummy saya.

mummy akan mula ambil tempahan awal ramadhan dan hanya akan mula start bakar seminggu sebelum raya. makanya seminggu nak raya tu rumah memang sangat busy dan sentiasa berbau wangi kek lapis mummy. start lepas sahur sampai lah lewat malam. yang membakarnya kami 4 beradik. mummy cuma buatkan adunan keknya. seronok jugaklahh…kalau kebetulan semua tak boleh puasa best lah boleh membakar kek sambil makan-makan lebihan kek. hihi.

pernah satu tahun tu tempahan banyak sangat sampai penuh peti sejuk dan deep freezer yang besar tu. dan malam raya pun masih membakar kek lagi. pernah juga mummy demam dan tak sihat time raya sebab letih sangat. tapi biasalah mummy never say no kan. digagahkan juga siapkan tempahan.

dengan hasil duit jual kek ni dapatlah beli baju raya kami 4 beradik. kasut raya. walaupun last last minute. hihi…last minute pun dapat kasut yang paling cantik jugak antara sepupu-sepupu hahaha. biasalah kecik-kecik dulu time rayalah nak tayang kasut siapa paling cantiklaa..baju siapa paling kembanglah…siapa yang paling banyak dapat duit raya lah…macam-macam..budak budak lah katakan… hihi

sekarang kami adik beradik dah larang mummy ambil tempahan kek dah. sebab tahu mummy bukan  muda lagi..dah tua..dah tak larat dah…cuma kadang-kadang tu ada orang tak faham-faham nak juga minta mummy buat kek itu ini…memang tak faham. kesian tengok mummy. memanglah kami tolong. tapi mummy pun ada sama pantau. sama jugaklah macam dia yang buat kan. hmmm.

kat rumah baru saya masih belum ada oven lagi. cuma ada mixer je. kalau dah ada oven nanti memang saya akan try resepi kek lapis mummy yang menjadi kegilaan seluruh kuala terengganu satu masa dulu. dan korang semua boleh lah tempah kek dengan saya hehe.

No comments: